The_New_York_Times
The_New_York_Times

The_New_York_Times

The New York Times merupakan sebuah akhbar harian Amerika Syarikat yang diterbitkan di Bandaraya New York dan diagih-agihkan merata dunia. Akhbar ini merupakan akhbar metropolitan terbesar di Amerika Syarikat, "The Gray Lady"—namanya kerana kemunculannya yang membosankan dan bergaya — dianggap sebagai satu rekod akhbar kebangsaan. Ditubuhkan di dalam tahun 1851, akhbar tersebut telah memenangi 98 Hadiah Pulitzer, lebih daripada akhbar-akhbar yang lain. Motonya, seperti dicetak di sudut kiri atas muka depan, adalah "Seluruh Berita Yang Wajar Untuk Dicetak(All the News That's Fit to Print)." Akhbar Times ini dimiliki oleh The New York Times Company, yang menerbitkan 18 akhbar-akhbar yang lain, termasuklah International Herald Tribune dan The Boston Globe. Pengerusi syarikat berkenaan adalah Arthur Ochs Sulzberger Jr., yang mana keluarganya telah mengawal akhbar ini semenjak tahun 1896.