The_Revenant_(filem_2015)

The Revenant ialah filem epik barat yang disutradarai Alejandro G. Iñárritu. Naskahnya ditulis oleh Iñárritu dan Mark L. Smith, diambil daripada The Revenant: A Novel of Revenge karya Michael Punke. Filem ini terinspirasi oleh pengalaman peneroka dan pemburu kulit Hugh Glass. Berlatar di Montana dan Dakota Selatan tahun 1823, filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio sebagai Glass, serta Tom Hardy, Will Poulter, dan Domhnall Gleeson.[4]Filem ini mula dikembangkan pada Ogos 2001 ketika Akiva Goldsman membeli naskah Punke untuk dijadikan filem. Filem ini rancangannya disutradarai Park Chan-wook dengan bintang utama Samuel L. Jackson, lalu John Hillcoat dengan bintang utama Christian Bale. Kedua pengarah berundur, dan González Iñárritu dikontrak untuk menyutradarai filem ini pada bulan Ogos 2011. Pada April 2014, selepas beberapa kali pengeluarannya tertunda kerana terlibat projek lain, González Iñárritu mengumumkan bahawa ia sudah memulakan pengeluaran The Revenant dan melibatkan DiCaprio sebagai bintang utama. Filem ini merupakan kolaborasi kedua antara DiCaprio dan Tom Hardy (filem sebelumnya ialah Inception). Fotografi utama dilakukan bulan Oktober 2014. Permasalahan lokasi dan krew menyebabkan pengeluarannya dimundurkan dari Mei hingga Ogos 2015.The Revenant tayang perdana di TCL Chinese Theatre, Los Angeles, tanggal 16 Disember 2015. Filem ini dirilis terhad tanggal 25 Disember 2015 dan dirilis luas tanggal 8 Januari 2016. Filem ini mendapatkan kadar positif dari sejumlah pengkritik; mereka memuji penampilan DiCaprio dan Hardy, prestasi González Iñárritu sebagai pengarah, dan sinematografi Lubezki. The Revenant memenangi tiga Golden Globe Awards, dan mendapatkan 12 pencalonan Academy Awards ke-88, termasuk kategori Best Picture, Best Director, Best Actor (DiCaprio), dan Best Supporting Actor (Hardy).

The_Revenant_(filem_2015)

Bahasa Inggris
Berdasarkan The Revenant oleh
Michael Punke
Lakon layar oleh Mark L. Smith
Alejandro G. Iñárritu
Muzik oleh Ryuichi Sakamoto
Alva Noto
Bryce Dessner
Disunting oleh Stephen Mirrione
Pengarah Alejandro G. Iñárritu
Penerbit Arnon Milchan
Steve Golin
Alejandro G. Iñárritu
David Kanter
Mary Parent
James W. Skotchdopole
Keith Redmon
Pecah panggung $151,8 juta[3]
Mula ditayangkan 16 Desember 2015 (TCL Chinese Theatre)
25 December 2015 (Amerika Serikat)
3 Februari 2016 (Indonesia)
Syarikatpenerbitan
New Regency Pictures
Anonymous Content
M Productions
Appian Way
Regency Enterprises
RatPac Entertainment
Sinematografi Emmanuel Lubezki
Tempoh tayangan 156 menit[1]
Negara Amerika Serikat
Dibintangi oleh Leonardo DiCaprio
Tom Hardy
Domhnall Gleeson
Will Poulter
Pengedar 20th Century Fox
Perbelanjaan $135 juta[2]