The_Shape_of_Water_(filem)

The Shape of Water merupakan filem drama fantasi gelap[3][4] Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan oleh Guillermo del Toro serta ditulis sendiri oleh del Toro bersama Vanessa Taylor. Filem ini dibintangi oleh Sally Hawkins, Michael Shannon, Richard Jenkins, Doug Jones, Michael Stuhlbarg, dan Octavia Spencer. Berlatarbelakangkan Baltimore pada tahun 1962, mengenai seorang wanita bisu yang jatuh cinta dengan makhluk amfibia yang ditangkap oleh Kolonel Richard Strickland.Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-74,[5] dan telah dianugerahkan Golden Lion.[6] Ia turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2017.[7] The Shape of Water menerima pujian dan ramai pengkritik menyatakan filem tersebut merupakan filem terbaik del Toro selepas Pan's Labyrinth,[8] selain mereka turut memuji lakonan Hawkin.[9]American Film Institute telah memilih filem ini sebagai salah satu daripada sepuluh buah filem terbaik bagi tahun 2017.[10] Ia turut memenangi Pengarah Terbaik dan Skor Asal Terbaik dalam Anugerah Golden Globe ke-75, selain tercalon untuk Filem Terbaik - Drama; Pelakon Wanita Terbaik - Drama (Hawkins); Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Spencer); Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jenkins) dan Skrip Terbaik.[11]The Shape of Water telah disiarkan secara terhad di dua buah pawagam di Bandar Raya New York pada 1 Disember 2017 sebelum diperluaskan tayangannya pada 8 Disember 2017 dan mendapat keuntungan $21 juta.[12] Sebuah adaptasi ke dalam novel tulisan del Toro dan Daniel Kraus, akan diterbitkan pada 27 Februari 2018.[13]

The_Shape_of_Water_(filem)

Bahasa
Cerita oleh Guillermo del Toro
Lakon layar oleh
Muzik oleh Alexandre Desplat
Disunting oleh Sidney Wolinsky
Pengarah Guillermo del Toro
Syarikat-syarikatpenerbitan
Double Dare You Productions
Penerbit
  • Guillermo del Toro
  • J. Miles Dale
Pecah panggung $22 juta[3]
Mula ditayangkan 31 Ogos 2017 (2017-08-31) (Venezia)
Disember 1, 2017 (AS)
Sinematografi Dan Laustsen
Tempoh tayangan 123 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara AS
Pengedar Fox Searchlight Pictures
Perbelanjaan $19.5 juta[2]