The_Star_(Malaysia)
The_Star_(Malaysia)

The_Star_(Malaysia)

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurut Biro Audit Pengedaran, The Star ialah ahli Asia News Network.Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times, dan The Sun.Penerbitan akhbar ini pernah digantung dalam Operasi Lalang pada 1987 bersama akhbar Watan dan akhbar Sin Chew Daily. V.K Chin menjadi Ketua Pengarang The Star. C.C Liew menjadi Ketua Pengarang Sin Chew Daily.[1]

The_Star_(Malaysia)

Pemilik Star Media Group Berhad
Diasaskan 9 September 1971
Bahasa Inggeris
Pemihakan politik Pro-kerajaan
Edaran 309,029 (Harian)
318,957 (Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - 1 Julai 2005 - 31 Dis 2005
Ibu pejabat Menara Star,
15 Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia
Laman sesawang The Star Online
Format Tabloid
Penyunting Datuk Wong Chun Wai
(Ketua Penyunting Kumpulan)
Jenis Surat khabar harian