Ciri-ciri The_Star_(Malaysia)

The Star dipakejkan sebagai akhbar 4-dalam-1, merangkumi Main Paper, StarBiz (dahulunya The Star Business), StarTwo (dahulunya Section Two) dan Star Metro.

  • Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini.
  • StarBiz menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran, laporan kewangan dan kemas kini pasaran saham.
  • StarTwo bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi, serta terletaknya jadual tayangan panggung wayang dan inti sari rancangan televisyen.
  • Star Metro berlainan kandungan mengikut edisi tempatan, memaparkan berita, hal ehwal dan kegiatan serantau.

Seksyen mingguan termasuk:

  • Star Maritime (setiap Isnin) – meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut
  • Star-In.Tech (Selasa dan Khamis) – menumpu kepada komputer dan teknologi maklumat
  • Youth 2 (Khamis) – gaya hidup dan trend terkini remaja
  • StarWeekend – menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi, percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.
  • The Star BizWeek – majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu, menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.

Seksyen Sunday Star termasuk:

  • StarMag – memaparkan rencana gaya hidup, temubual personaliti, ulasan buku, ulasan kereta, surat dan sebagainya.
  • StarMag Fit4Life – rencana kesihatan, keselamatan dan khasiat
  • StarMag – hal-ehwal hiburan, ulasan fesyen (pemakaian selebriti), ulasan album muzik, sudut manga/anime OtakuZone, inti sari rancangan panggung wayang dan televisyen.
  • theStar Education – hal ehwal dan ulasan berkaitan pendidikan semua peringkat