Pegangan The_Walt_Disney_Company

Studio hiburan

Sehingga tahun 1955, satu-satunya perniagaan Disney ialah penerbitan wayang gambar. Disney Studio Entertainment, sering dikenali sebagai Walt Disney Studios, merangkumi studio-studio perfileman dan animasi, label rakaman dan pementasan teater gaya Broadway milik Disney.

Sejak tahun 2002, Disney Studio diketuai pengerusinya Dick Cook.

Rangkaian media

Unit Rangkaian Medianya berpusatkan rangkaian televisyen American Broadcasting Company (ABC) yang dibeli syarikat ini melalui penggabungan dengan Capital Cities/ABC pada tahun 1996. Harta-harta milikan termasuk:

Disney juga memiliki sekumpulan rangkaian kabel termasuk:

Disney juga memegang kepentingan besar dalam Lifetime (50%), A&E (37.5%), E! (40%, baru-baru ini dijual kepada Comcast), dan Jetix Europe N.V. (74%). Disney juga memiliki 25% syarikat GMTV yang mengendali Breakfast Programmes di ITV, di UK dan 50% Super RTL di Jerman.

Melalui ABC, Disney juga memiliki 10 stesen televisyen tempatan, 2 stesen radio tempatan, dan ESPN Radio, dan Radio Disney. Walaupun rangkaian ABC Radio telah dijual bersama harta-harta lain ke Citadel Broadcasting, (yang mengedar buletin berita oleh ABC News), pemegang saham Disney kini memiliki 57% Citadel. Disney-ABC Domestic Television yang juga sebahagian unit Rangkaian Media, menerbitkan rancangan televisyen sindiket seperti Who Wants to Be a Millionaire, Live with Regis and Kelly, dan At the Movies with Ebert & Roeper.

Disney juga mengendali syarikat penerbitan buku sendiri, iaitu Hyperion, serta Walt Disney Internet Group (WDIG) melalui Media Networks. Baru-baru ini Hyperion telah menerbitkan buku-buku oleh pelawak Steve Martin dan pengarang masyhur Mitch Albom. WDIG merangkumi portal web Go.com, enjin gelintar Infoseek yang dibeli WDIG ini pada tahun 1998, dan laman-laman web peneraju seperti Disney.com, ESPN.com, ABCNews.com dan Movies.com. Pada Mac 2007, adalah dilaporkan bahawa Disney hendak melancarkan laman Web baru, iaitu Disney Family http://newsmax.com/archives/articles/2007/3/13/75712.shtml, iaitu laman setempat untuk ibu bapa. [3]

Pada 31 Ogos 2009, syarikat ini mengumumkan kesepakatan untuk mengakuisisi Marvel Entertainment sebesar $ 4 bilion, dengan Marvel pemegang saham untuk menerima $ 30 dan tentang saham Disney sebanyak 0,745 untuk setiap saham Marvel mereka sendiri.[4] Pengundian untuk transaksi dijadualkan berlaku pada tarikh 31 Disember 2009.[5] Pengundian berlaku pada tarikh 31 Disember 2009 dan merger diluluskan.[6] Pengambilalihan Marvel diselesaikan jam selepas pengundian pemegang saham pada tarikh 31 Disember 2009.[7]

Pustaka filem dan televisyen

Syarikat Walt Disney memiliki sebuah pustaka filem dan televisyen yang kecil tetapi banyak simpanannya. Selain filem dan rancangan televisyen terbitan label Walt Disney, Touchstone, Hollywood dan Miramax; Disney turut memiliki pustaka filem Dimension pra-2005. Setelah membeli ABC/Capital Cities, syarikat ini meraih hak terhadap kebanyakan pustaka filem dan televisyen ABC/Capital Cities (termasuk kebanyakan filem Selznick International Pictures dan Selmur Productions) dan sebilangan banyak rancangan ABC pra-Disney. Apabila membeli Muppets ciptaan Jim Henson, Disney turut membeli hak untuk filem-filem yang dibintangi Muppets dan rancangan televisyen The Muppet Show dari Columbia Pictures. Disney juga membeli filem-filem individu; seperti versi 1940 filem Swiss Family Robinson dari RKO dan versi filem bisu Peter Pan yang asalnya dikeluarkan oleh Paramount Pictures.

Barangan pengguna

Taman tema

Rujukan

WikiPedia: The_Walt_Disney_Company http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a10236442 http://www.foxbusiness.com/story/markets/industrie... http://www.labusinessjournal.com/article.asp?aID=1... http://www.marketwatch.com/story/disney-to-acquire... http://www.marketwatch.com/story/marvel-shareholde... http://newsmax.com/archives/articles/2007/3/13/757... http://newsmax.com/archives/articles/2007/3/13/927... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/quickquote.html?t... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=940...