Theodore_Roosevelt
Theodore_Roosevelt

Theodore_Roosevelt

Theodore Roosevelt, Jr. (27 Oktober 18586 Januari 1919) atau dikenali dengan T.R. dan di kalangan masyarakat dikenali dengan Teddy (walaupun ia sendiri tidak menyukai nama panggilan ini) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 (1901–1909). Pertama-tama, ia menggantikan presiden William McKinley yang dibunuh, lalu ia dipilih sebagai presiden. Pada usia 42 tahun, Roosevelt ialah presiden Amerika Syarikat yang termuda. Roosevelt berasal dari Parti Republik.Pada masa jawatan pertama ia tidak memiliki wakil presiden, lalu pada masa jawatan kedua ia didampingi oleh wakil presiden Charles W. Fairbanks. Presiden ini masih saudara dekat presiden Franklin Delano Roosevelt yang lebih terkenal. Nama boneka mainan beruang Teddy, dinamakan menurut presiden ini kerana suatu kali pada saat berburu ia menolak membunuh seekor anak beruang.Anda mesti tambahkan parameter |sebab= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.Theodore Roosevelt adalah Presiden Amerika Syarikat yang Ke-26. Menjabat dua kali masa jawatan pada tahun 1901 hingga 1909. Sebelum menjadi presiden Roosevelt adalah wakil presiden Amerika Syarikat di bawah Presiden William McKinley. Theodore Roosevelt dilahirkan di kota New York pada 27 Oktober 1858. Ia berasal daripada keluarga yang berada.