ThyssenKrupp
ThyssenKrupp

ThyssenKrupp

ThyssenKrupp AG (IPA: /ˈtɪsɛn.krʊp/) merupakan sebuah perbadanan konglomerat berbilang negara yang berpangkalan di Duisburg dan Essen, Jerman. Ia terdiri daripada 670 buah syarikat dari seluruh dunia. Walaupun ThyssenKrupp adalah salah satu pengeluar keluli terbesar di dunia, perbadanan ini juga menyediakan komponen dan sistem untuk industri automotif, lif, tangga gerak, perdagangan bahan dan perkhidmatan perindustrian.[4] Ketika penyusunan semula syarikat pada tahun 2009,[5] ia telah disusun kepada lapan bidang perniagaan yang dikelompokkan ke dalam dua bahagian utama iaitu 'Bahan' dan 'Teknologi'. Bahagian Bahan memberi tumpuan kepada keluli karbon, keluli tahan karat dan perkhidmatan bahan manakala bahagian Teknologi pula memfokuskan kepada lif, loji dan teknologi komponen, dan sistem marin.Pada asalnya, syarikat merupakan dua entiti badan yang berbeza iaitu Thyssen AG dan Krupp sebelum penggabungan dilakukan pada 1999 dan kini ibu pejabatnya beroperasi di Essen. Pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Yayasan Alfried Krupp von Bohlen und Halbach, sebuah yayasan kedermawanan utama di Jerman, di mana ia dicipta dan dinamakan sebagai penghromatan kepada Alfried Krupp von Bohlen und Halbach, bekas pemilik dan ketua syarikat Krupp.[6]Di negara Sepanyol, ThyssenKrupp mengeluarkan lif sebagai hasil utamanya, di mana ia menjana pendapatan sebanyak €1.6 bilion dan mempunyai 5,500 pekerja di situ. Di Itali pula, syarikat ini sebahagian besarnya menghasilkan keluli tahan karat dan ia menjana pendapatan sehingga €2.3 bilion. Perniagaan di kedua-dua negara tersebut membentuk 9% daripada kesemua jualan untuk syarikat.[7][8]

ThyssenKrupp

Pendapatan operasi ▼ €284 juta (2011)[3]
Industri Konglomerat
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Jumlah aset ▲ €43.603 bilion (2011)[3]
Keuntungan ▼ €1.783 bilion (2011)[3]
Bilangan pekerja 180,050 (2011)[3]
Perancang utama Heinrich Hiesinger[2] (CEO dan pengerusi lembaga pengarah), Gerhard Cromme (Pengerusi lembaga penyeliaan)
Jumlah ekuiti ▲ €10.382 bilion (2011)[3]
Ibu pejabat Duisburg dan Essen[1] (pentadbiran), Essen (ibu pejabat operasi), Jerman
Laman sesawang www.thyssenkrupp.com
Keluaran Keluli, produk tahan karat, teknologi automotif, teknologi loji janakuasa, sistem lif, sistem marin, pembinaan kapal, perkhidmatan
Ditubuhkan 1999
Hasil 43.356 bilion (2011)[3]
Didagangkan sebagai FWBTKA, LSE: 0O1C
Pendahulu Thyssen AG, Krupp
Jenis Aktiengesellschaft

Rujukan

WikiPedia: ThyssenKrupp http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew... http://www.thyssenkrupp.com/ http://www.thyssenkrupp.com/en/investor/faq_konzer... http://www.thyssenkrupp.com/en/konzern/hiesinger.h... http://www.thyssenkrupp.com/en/presse/art_detail.h... http://www.thyssenkrupp.com/en/presse/art_detail.h... http://www.thyssenkrupp.com/financial-reports/10_1... http://www.thyssenkrupp.com/financial-reports/10_1... http://www.thyssenkruppaerospace.com/services/defe... http://www.boerse-frankfurt.de/en/equities/search/...