Tibet
Tibet

Tibet

Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar "Bumbung Dunia."Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi, juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China (Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an, Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini[1], dipercayai merupakan kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" [spyan ras gzigs] dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas kasihan.Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran[1] Tibet dari pusat kerajaan tradisinya Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.[perlu rujukan]