Nama Tibet

Dalam Bahasa Tibet

Orang Tibet memanggil tanah air mereka Bod (བོད་), disebut [pʰøʔ] dalam dialek Lhasa. Nama ini pertama kali diakui dalam geografi Ptolemy sebagai βαται (batai) (Beckwith, C. U. of Indiana Diss. 1977). Orang Tibet memandang Tibet sebagai "tanahair" (fatherland, skrip Tibet: ཕ་ཡུལ་; Wylie: pha-yul), manakala "ibu pertiwi" (motherland, skrip Tibet: མ་ཡུལ་; Wylie: ma-yul) ialah satu neologisme yang diperkenalkan pada 1960-an yang bermaksud China.[perlu rujukan]

Dalam Bahasa Cina

Penara Tibet

Nama bahasa Cina moden bagi Tibet, 西藏 (Xīzàng), ialah transliterasi fonetik yang berasal daripada rantau bernama Tsang (Ü-Tsang barat). Penggunaan nama ini bermula sewaktu Dinasti Qing China, kira-kira pada tahun 1700. Nama Xīzàng boleh dipecahkan kepada “xī” 西 (“barat”), dan “zàng” 藏 (“Kitab agama Buddha” atau “simpanan”). Istilah bahasa Cina bagi Tibet sebelum 1700-an ialah 吐蕃, disebut Tǔbō di tanah besar China dan Tǔfān di Taiwan[2], sebutan bahasa Cina Pertengahannya yang dibina semula ialah /t'obwǝn/, yang berasal daripada perkataan bahasa Turki untuk “kemuncak” yang juga asal-usul nama “Tibet”.

Orang nomad penggembala yang berkhemah tepi Namtso pada tahun 2005

Kerajaan Republik Rakyat China menyamakan Tibet dengan Kawasan Autonomi Tibet (Tibet Autonomous Region, TAR). Oleh itu, nama “Xīzàng” turut disamakan dengan TAR. Agar turut menyentuh kawasan tibet bukan TAR, atau seluruh Tibet kebudayaan, istilah 藏区 Zàngqū ("kawasan etnik Tibet") digunakan. Bagaimanapun, versi bahasa Cina laman web penyokong kemerdekaan Tibet, seperti Kempen Pembebasan Tibet, Suara Tibet, dan Tibet Net menggunakan 西藏 (“Xīzàng”), bukan 藏区 ("Zàngqū"), untuk menyebut Tibet bersejarah.

Sesetengah penutur bahasa Inggeris tidak setuju bahawa “Xīzàng”, istilah bahasa Cina yang ditransliterasi ke dalam bahasa Inggeris untuk TAR, agar menjauhkan konsepnya daripada konsep Tibet bersejarah. Sebilangan penyokong kemerdekaan menduplikasi situasi ini ke dalam bahasa Cina, dan menggunakan 土番 (Tǔbō) atau 图伯特 (Túbótè), kedua-duanya transkripsi fonetik bagi perkataan "Tibet", untuk menyebut Tibet bersejarah.[perlu rujukan]

Aksara 藏 (zàng) sering digunakan dalam catatan yang menyebut mengenai Tsang seawal Dinasti Yuan, jika bukan lebih awal lagi, meskipun istilah moden "Xizang" (Tsang barat) was direka pada abad ke-18. Aksara Cina 藏 (Zàng) juga dijadikan istilah am bagi seluruh Tibet, termasuk konsep-konsep lain yang berkaitan dengan Tibet seperti bahasa Tibet (藏文, Zàngwén) dan kaum Tibet (藏族, Zàngzú).

Dalam bahasa lain

Istilah Tibet yang digunakan dalam bahasa lain seperti bahasa Melayu dan Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Arab Tubbat.[3] yang pula dipetik melalui perkataan bahasa Farsi daripada perkataan bahasa Turkik Töbäd (kata majmuk bagi Töbän), iaitu "kemuncak".[4] Dalam bahasa Cina Pertengahan, 吐蕃 (pinyin: Tǔfān, juga disebut Tǔbō), berasal daripada perkataan bahasa Turkik yang sama.[4] Tǔfān disebut /t'o-bwǝn/ pada zaman Pertengahan.

Bagaimanapun, asal-usul tepat bagi nama ini masih tidak jelas. Sesetengah pengkaji percaya bahawa nama ini berasal daripada nama segolongan orang yang tinggal di rantau timur laut Tibet dan maka itu dipanggil 'Tübüt'. Inilah bentuk yang disesuaikan oleh para penulis Muslim yang menulisnya sebagai Tübbett, Tibbat, dsb., sejak seawal abad ke-9, dan kemudiannya memasuki bahasa-bahasa Eropah melalui laporan catatan Eropah zaman pertengahan oleh Piano-Carpini, Rubruck, Marco Polo dan rahib Capuchin bernama Francesco della Penna.[5]

Para pengkaji Republik Rakyat China pula cenderung kepada teori bahawa "Tibet" berasal daripada Tǔfān.[3][6]