Tidong_Tawau

Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk.Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat di Indonesia. Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang agak dikenali ialah Tidung Tarakan, Tidung Nunukan, Tidung Sembakung , Tidung Sesayap dan Tidung Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung ini menduduki kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau ( Apas , Merotai dan Kalabakan ) dan seterusnya di Tarakan , Sesayap , Sembakung dan Malinau di Indonesia. Asalnya Tanah Tidung yang dimaksudkan adalah mencakupi kawasan dari daerah Beluran di Sandakan seterusnya di kawasan Batu Tinagat di sebelah timur Tawau ( bersama masyarakat Suluk ) hingga ke Apas dan ke sebelah barat Tawau di Merotai dan Kalabakan dan bersambung hingga ke Kalimantan timur termasuklah Nunukan, Tarakan, Tanjung Selor ( bersama masyarakat Bulungan ), Sesayap, Sembakung sehinggalah sejauh ke daerah pedalaman di Melinau. Namun setelah zaman penjajahan, Tanah Tidung ini terpisah oleh pembahagian kawasan dan pentadbiran yang dilakukan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya merdeka menjadi dua buah negara yang berasingan iaitu Malaysia dan Indonesia.( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di Kalabakan, Merotai, Sebatik, Apas dan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi ( natives ) dan kedudukan ini diwartakan dalam Perlembagaan Negeri Sabah serta dilengkapkan dengan bukti kesahihan di Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah di Muzium Negeri Sabah . Mereka adalah penduduk asal di Sabah yang mendiami persisiran pantai timur dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur ( Borneo ) bersama masyarakat Sungai, Idahan, Bajau dan Suluk )( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah sempadan Indonesia yang juga berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun masyarakat Tidung di Indonesia ( Tanjung Selor, Melinau, Tarakan dan Nunukan namun masyarakat Tidung serumpun di Indonesia tidak suka berhijrah kerana mereka lebih selesa di kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga turut berkembang maju taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga masyarakat Tidung yang terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei Malaysia di Papar, Kawang dan Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei serumpun di negara Brunei Darussalam. ) ( Masyarakat Suluk di tanah besar Sabah ( Borneo ) juga dipisahkan dengan masyarakat Tausuq di Filipina ( Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan ) oleh sempadan negara walaupun jaraknya yang sangat dekat. Ini membuktikan masyarakat Tidung , masyarakat Brunei dan masyarakat Suluk di Sabah adalah masyarakat peribumi ( natives ) walaupun masyarakat ini terdapat di negara jiran kerana mereka semua berada di tanah yang sama namun dipisahkan oleh sempadan negara yang ditentukan ketika mencapai kemerdekaan daripada penjajah. )