Tiga_Kerajaan
Tiga_Kerajaan

Tiga_Kerajaan

Sejarah China
Garis masa sejarah China
Dinasti-dinasti dalam sejarah China
Sejarah bahasa
Sejarah seni
Sejarah ekonomi
Sejarah pendidikan
Sejarah sains dan teknologi
Sejarah perundangan
Sejarah media
Sejarah ketenteraan
Sejarah keluatanZaman Tiga Kerajaan (Cina Tradisional: 三國, Cina Ringkas: 三国, pinyin: Sānguó) ialah sebahagian zaman Enam Dinasti yang merupakan zaman perpecahan dalam sejarah China. Dengan erti kata ilmiah yang sebenar, ia merujuk kepada tempoh enam puluh tahun antara pengasasan Kerajaan Wei pada tahun 220 sehingga penaklukan Kerajaan Wu oleh Dinasti Jin pada tahun 280. Bagaimanapun banyak orang, termasuk ahli-ahli sejarah China, mengundurkan titik permulaan zaman ini sehingga Pemberontakan Serban Kuning pada tahun 184.Ketiga-tiga kerajaan itu ialah:Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dengan negeri-negeri yang lain dalam sejarah China yang mempunyai nama yang sama, ahli-ahli sejarah telah menambahkan askara awalan pada nama masing-masing seperti yang berikut:Istilah "Tiga Kerajaan" pada dirinya merupakan suatu salah terjemahan kerana setiap negeri itu kemudian diketuai bukan oleh raja, tetapi oleh seorang Maharaja yang menuntut diri sebagai pewaris Dinasti Han yang sah. Walaupun begitu, istilah "Tiga Kerajaan" telah menjadi suatu istilah piawai di kalangan ahli-ahli kaji Cina. Bahagian awal tempoh yang "tidak rasmi" antara tahun 190 dan tahun 220 ditandakan oleh persaingan huru-hara sesama diri antara hulubalang-hulubalang di merata-rata kawasan di China. Bahagian pertengahan tempoh antara tahun 220 dan tahun 263 ditandakan oleh penyusunan ketenteraan yang lebih stabil antara tiga buah negeri pesaing, iaitu Kerajaan Wei (魏), Kerajaan Shu (蜀), dan Kerajaan Wu (吳). Bahagian akhir tempoh ini ditandakan oleh kejatuhan ketiga-tiga negeri: pertamanya, pemusnahan Shu oleh Wei (263), dan kemudiannya penggulingan Wei serta pemusnahan Wu oleh Dinasti Jin masing-masing pada tahun 265 dan tahun 280.Walaupun Zaman Tiga Kerajaan agak singkat, zaman sejarah ini telah diolah secara romantik dalam kebudayaan-kebudayaan China, Jepun, Korea, dan Vietnam. Ia telah diraikan dan dipopularkan oleh opera, budaya rakyat, novel dan lebih terkini, oleh filem, siri televisyen serta permainan video. Yang paling terkenal ialah Hikayat Tiga Kerajaan, sebuah huraian cereka tentang zaman ini yang banyak mendasarkan sejarah. Rekod sejarah yang berwibawa tentang zaman ini ialah karya Sanguo Zhi oleh Chen Shou, bersama-sama anotasi Pei Songzhi yang kemudian untuk teks tersebut.Zaman Tiga Kerajaan merupakan zaman yang paling berdarah dalam sejarah Cina. Walaupun banci yang diadakan pada akhir Dinasti Han Timur melaporkan jumlah penduduk sebanyak kira-kira 56 juta orang, banci yang diadakan pada awal dinasti Jin Barat (selepas Jin menyatukan China) hanya melaporkan jumlah penduduk sebanyak 16 juta orang, suatu pengurangan sebanyak 40 juta orang atau kira-kira 71%. Dengan perbezaan sebegitu besar, walau jika ketidaktepatan laporan-laporan banci diambil kira, adalah selamat untuk menyimpulkan bahawa sebahagian besar penduduk Cina telah dihapuskan semasa perang-perang yang tetap pada sepanjang zaman ini.Walaupun (atau mungkin juga disebabkan oleh) perpecahan politik pada zaman ini, terdapat kemajuan-kemajuan teknologi yang amat terkenal. Lembu kayu yang direka oleh Zhuge Liang telah disarankan sebagai perintis kereta sorong. Dalam Kerajaan Wei, terdapat Ma Jun, jurutera jentera yang bijak yang telah dianggap oleh banyak orang sebagai setaraf dengan pendahulunya, Zhang Heng. Ma Jun ialah pereka: