Tingkah laku manusia ialah sekumpulan
tingkah laku yang ditonjolkan oleh
manusia dan dipengaruhi oleh
budaya,
sikap,
emosi,
nilai,
etika,
autoriti,
hubung baik,
hipnosis,
pujukan,
paksaan, dan/atau
genetik. Ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam
masyarakat manusia. Menurut sudut pandangan
humanisme, setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku manusia dikaji dalam
disiplin akademik seperti
psikologi,
kerja sosial,
sosiologi,
ekonomi, dan
antropologi.Tingkah laku manusia (dan
organisma yang lain, malahan
mekanisme) jatuh pada satu julat, dengan sesetengah tingkah laku lebih biasa berlaku berbanding dengan yang lain dan sesetengahnya luar biasa, serta juga sesetengah yang dapat diterima dan yang lain
di luar had boleh terima. Dalam bidang
sosiologi, tingkah laku dianggap sebagai tidak bermakna kerana ia tidak ditujukan kepada orang lain dan justera, merupakan
tindakan manusia yang paling asas. Tingkah laku harus tidak dikelirukan dengan
tingkah laku sosial yang merupakan tindakan yang lebih maju kerana ia merupakan tingkah laku yang ditujukan khusus kepada orang lain. Kebolehterimaan tingkah laku dinilai berdasarkan
norma sosial dan dikawal oleh berbagai-bagai
kawalan sosial.Pada
1970, sebuah buku yang berjudul "The Social Contract: A Personal Inquiry into the Evolutionary Sources of Order and Disorder" ("Kontrak Sosial: Penyelidikan Peribadi tentang Punca Susunan dan Gangguan Evolusi") yang ditulis oleh ahli antropologi
Robert Ardrey diterbitkan. Buku dan kajian itu menyelidiki tingkah laku
haiwan (
etologi) lalu membandingkannya dengan tingkah laku manusia sebagai fenomena yang serupa.