Tinju
Tinju

Tinju

Tinju ialah sejenis sukan yang dua orang peserta sama berat melawan antara satu sama lain dengan menggunakan penumbuk dalam siri tempoh satu hingga tiga minit yang dikenali sebagai pusingan. Dalam divisyen Sukan Olimpik dan profesional, peserta (dikenali sebagai peninju) mengelakkan tumbukan lawan sementara cuba menumbuk lawannya. Markah diberikan untuk tumbukan padu yang tepat pada kawasan sah di bahagian hadapan tubuh lawan atas pinggang, dengan tumbukan pada kepala dan tubuh amat bernilai. Peninju yang memperolehi mata tertinggi selepas pusingan yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang. Kemenangan juga boleh dicapai sekiranya lawan dikalah mati (atau KO) dan tidak dapat bangun sebelum pengadil membuat sepuluh kiraan, atau sekiranya lawan dianggap terlalu cedera untuk meneruskan perlawanan (kalah mati teknikal, atau TKO). Untuk simpanan rekod, TKO disamai dengan KO, dengan frasa "kalah mati teknikal" biasa digunakan untuk rencana berita sezaman.