Todak_(buruj)
Todak_(buruj)

Todak_(buruj)

Todak, Ikan Todak, Dorado (Dor) ialah sebuah buruj di langit selatan. Buruj ini dinamai pada hujung abad ke-16 dan kini merupakan salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latin merujuk dolphinfish (Coryphaena hippurus), yang kini dikenali sebagai dorado dalam bahasa Portugis, tetapi buruj ini juga digambarkan sebagai todak. Dorado diperhatikan kerana mengandungi kebanyakan daripada Awan Magellan Besar, selebihnya dalam buruj Mensa (Gunung Datar). Kutub gerhana selatan juga terletak dalam buruj ini.Sungguhpun nama Dorado bukanlah bahasa Latin tetapi merupakan perkataan bahasa Portugis, para ahli astronomi memberinya bentuk genitif Latin Doradus apabila menamai bintang-bintangnya, menganggapnya (seperti buruj bersebelahan Argo Navis) seakan-akan dorado merupakan kata nama khas feminin berasal usul Yunani yang berakhir dengan -ō (seperti Io atau Callisto atau Argo), nama-nama yang mempunyai hujung genitif -ūs.

Todak_(buruj)

Bintang utama 3
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 0
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) 0
Objek Messier 0
Bintang Bayer/Flamsteed 14
Sebutan /dorado/, genitif /doradus/
Bintang terhampir GJ 2036
(36.50 tc, 11.19 pc)
Bintang dengan planet 5
Nama Latin Dorado
Genitif Doradus
Pancuran meteor
Tiada
Singkatan Dor
Keluasan 179 darjah persegi (ke-72)
Bintang paling terang α Dor (3.27m)
Keserongan −65
Keluarga Bayer
Buruj bersempadan
Simbolisme Todak
Jarak hamal 5
Sukuan SQ1