Toksikologi
Toksikologi

Toksikologi

Toksikologi (dari Yunani τοξικός - toxicos, "beracun" dan logos) merupakan cabang biologi, kimia dan perubatan yang mengkaji kesan sampingan kimia terhadap organisma.[1] Toksikologi merupakan kajian simptom, mekanisma, rawatan dan pengesanan keracunan terutamanya terhadap manusia. Dioscorides, yang merupakan seorang pengamal perubatan Yunani pada zaman empayar Rom Nero, telah melakukan percubaan pertama dalam mengklasifikasikan tumbuhan berdasarkan kesan toksik dan terapeutik.[2] Ibn Wahshiya telah menulis buku bertajuk Buku tentang Racun pada abad ke-9 atau 10.[3]Mathieu Orfila diiktiraf sebagai bapa pemodenan toksikologi, setelah memberi rawatan formal pertama kepada pesakitnya pada 1831 dalam Traité des poisons, atau juga dikenali sebagai Toxicologie générale.[4]Pada 1850, Jean Stas memberi keterangan bahawa Count Belgium Hippolyte Visart de Bocarmé telah membunuh saudaranya dengan meracuninya dengan nikotin[5]