Tokyo
Tokyo

Tokyo

Tokyo (東京, Tōkyō, "Ibu Kota Timur"), secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to),[2] ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun. Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008.[3]Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London.[4] Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008[5] serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.

Tokyo

• 23 wad 8,653,000
Pulau Honshū
Bird Burung Camar Berkepala Hitam (Larus ridibundus)
ISO 3166-2
JP-13
• Ibu wilayah Shinjuku 
• Kepadatan 6,224.66/km2 (16,121.8/batu persegi)
Bunga Bunga ceri Somei-Yoshino
Zon waktu UTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
Pokok Ginkgo (Ginkgo biloba)
Kawasan Kantō
Laman web metro.tokyo.jp(Inggeris)
Negara  Jepun
• Jenis Metropolis
Ketinggian 40 m (130 ft)
Pembahagian 23 wad khas, 26 bandaraya, 1 daerah, & 4 subwilayah
• Jumlah 13,839,910
• Gabenor Yuriko Koike

Rujukan

WikiPedia: Tokyo http://70.86.96.100/pdfs/en/localg2006.pdf http://tokyo-nrt.airports-guides.com/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/1421140/... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.economist.com/specialreports/displaysto... http://www.gojapango.com/tokyo/tokyomap.htm http://www.picturetokyo.com/ http://www.ukmediacentre.pwc.com/imagelibrary/down... http://today.reuters.com/news/newsArticle.aspx?typ... http://www.scribd.com/doc/38260/Harajuku-Rebels-on...