Tokyo Skytree
Tokyo Skytree

Tokyo Skytree

Tokyo Skytree (東京スカイツリー, Tōkyō Sukaitsurī), sebelum ini dikenali sebagai New Tokyo Tower (新東京タワー, Shin Tōkyō Tawā), ialah sebatang menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010[1] dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meter (2,080 ka) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia[2][3] dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012.[4]

Tokyo Skytree

Status Siap
Arkitek Nikken Sekkei
Pembina Tobu Railway
Kontraktor utama Obayashi Corp.
Dibuka pada 22 Mei 2012
Kos 40 bilion JPY (440 juta USD)
Lokasi Sumida, Tokyo, Jepun
Disiapkan pada 29 Februari 2012
Pembinaan bermula 14 Julai 2008
Lif/mesin pengangkat 13
Tinggi 634.0 m (2,080 ka)
Menara antena 634.0 m (2,080 ka)
Bumbung 495.0 m (1,624 ka)
Tingkat tertinggi 450.0 m (1,476 ka)
Jenis Menara penyiaran, restoran dan cerapan
Pemilik Tobu Tower Sky Tree Co., Ltd.