Budaya Tokyo

Muzium Negara Tokyo, UenoTokyo Dome, stadium bagi Yomiuri Giants

Tokyo mempunyai banyak muzium. Di Taman Ueno ada empat muzium kebangsaan: Muzium Negara Tokyo, muzium terbesar di negara yang khusus untuk seni tradisional orang Jepun; Muzium Negara Seni Barat; dan Muzium Negara Tokyo Seni Moden, dengan koleksi-koleksi seni moden Jepun serta lebih 40,000 filem-filem Jepun dan asing.[25] Juga di Ueno Park adalah Muzium Sains Negara dan taman haiwan awam. Antara muzium-muzium lain termasuk Muzium Seni Nezu di Aoyama; Muzium Edo-Tokyo di Sumida yang merentasi Sungai Sumida dari pusat Tokyo; dan Perpustakaan Diet Negara, Arkib Negara, dan Muzium Negara Seni Moden, yang bertempat berhampiran Istana Agong.

Di Tokyo juga ada banyak teater lakon pentas, termasuk teater milik negara dan swasta untuk drama Jepun, baik tradisional (seperti noh dan kabuki) mahupun moden. Orkestra simfoni dan bermacam-macam pertubuhan muzik mendendangkan muzik moden dan tradisional di sini. Tokyo juga menjadi tuan rumah kepada acara muzik pop dan rock Jepun dan antarabangsa di tempat-tempat sekecil kelab malam sehingga sebesar arena terkemuka antarabangsa seperti Nippon Budokan.

Di seluruh Tokyo juga diadakan beraneka perayaan sepanjang tahun. Antara acara-acara utamanya termasuk perayaan Sannō di Kuil Hie, Sanja dan Kuil Asakusa, dan Perayaan Kanda dwitahunan. Perayaan Kanda mengetengahkan perarakan kereta berhias dan ribuan orang yang menyambutnya. Pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Julai, pertunjukan bunga api besar-besaran di atas Sungai Sumida menarik lebih sejuta penonton. Apabila bunga sakura berkembang pada musim bunga, penduduk Tokyo berkumpul ramai-ramai di Taman Ueno, Taman Inokashira, dan Kebun Negara Shinjuku Gyoen untuk berkelah di bawah pokok bunga itu.

Harajuku, sebuah kawasan di Shibuya, terkenal di mata dunia kerana gaya dan fesyen belianya.[26]

Masakan di Tokyo terpuji di seluruh dunia. Pada November 2007, Michelin mengeluarkan panduan untuk kedai makan terunggul di Tokyo yang meraih sejumlah 191 bintang, iaitu dua kali yang diraih oleh pesaing terdekatnya, Paris. Lapan tempat makan dikurniakan anugerah tertinggi tiga bintang (Paris ada 10), manakala 25 lagi menerima dua bintang, dan 117 lagi mendapat satu bintang. Di kalangan lapan kedai makan terunggul itu, tiga buah menghidangkan masakan Jepun tradisional, dua lagi adalah kedai sushi dan tiga yang selebihnya adalah restoran masakan Perancis.[27]

Rujukan

WikiPedia: Tokyo http://70.86.96.100/pdfs/en/localg2006.pdf http://tokyo-nrt.airports-guides.com/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/1421140/... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.economist.com/specialreports/displaysto... http://www.gojapango.com/tokyo/tokyomap.htm http://www.picturetokyo.com/ http://www.ukmediacentre.pwc.com/imagelibrary/down... http://today.reuters.com/news/newsArticle.aspx?typ... http://www.scribd.com/doc/38260/Harajuku-Rebels-on...