Tokyo_Raya
Tokyo_Raya

Tokyo_Raya

Tokyo Raya ialah sebuah kawasan metropolitan besar yang terletak di kawasan Kantō, Jepun. Tokyo Raya terdiri daripada kebanyakan kawasan wilayah-wilayah Chiba, Kanagawa, Saitama, dan Tokyo (di tengah-tengah). Dalam bahasa Jepun, Tokyo Raya banyak gelarannya, termasuk Tōkyō-ken (東京圏, Rantau Tokyo), Shuto-ken (首都圏, Rantau Ibu Negara), Itto Sanken (一都三県, Satu Metropolis, Tiga Wilayah), dan lain-lain.Pada tahun 2007, PBB menganggarkan jumlah penduduknya seramai 35,676,000 orang,[4] menjadikannya kawasan metropolitan yang paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo Raya meliputi kawasan seluas kira-kira 13,500 kilometer persegi (5,200 bt2),[5] menjadikan ketumpatan penduduknya pada 2,642 orang/km². Tokyo Raya ialah kawasan kedua terbesar di dunia dari segi jisim bumi terbina atau berfungsi bandar iaitu pada keluasan 7,800 kilometer persegi (3,000 bt2),[6] hanya mengekori kawasan bandar keliling Bandaraya New York pada 8,700 kilometer persegi (3,400 bt2).Kawasan ini memiliki ekonomi metropolitan terbesar di dunia. Satu Metropolis, Tiga Wilayah, salah satu takrifan bagi kawasan Tokyo Raya ini, mencatat jumlah KDNK (nominal) lebih kurang AS$1.5 trilion (164 trilion yen[7]) pada tahun 2005. Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, pengelompokan Tokyo ini mencatat jumlah KDNK pada AS$1.479 trilion pada tahun 2008 (mengikut pariti kuasa beli), menjadikannya KDNK pengelompokan bandar terbesar di dunia.[3]