Tolok_piawai
Tolok_piawai

Tolok_piawai

Tolok piawai (juga Tolok Stephenson sempena George Stephenson, Tolok antarabangsa ataupun tolok normal) adalah sejenis tolok landasan kereta api yang paling digunakan secara meluas di serata dunia. Kira-kira 60% daripada landasan kereta api dan trem di dunia menggunakan ukuran tolok ini. Kecuali di Rusia, Finland, Portugal dan beberapa landasan yang telah dinaiktarafkan di Sepanyol, semua landasan kereta api berkelajuan tinggi menggunakan ukuran tolok piawai ini.Jarak antara dua batang rel keluli selalunya disebut dalam unit Sistem Metrik; 1,435 mm tetapi di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain ia masih dibilang dalam Sistem Imperial; 4 kaki 8+1⁄2 inci. Kedua-dua unit mewakili nilai jarak yang hampir sama.