Baj (
Bahasa Inggeris: barge) atau
tongkang ialah sebuah
bot besar yang bahagian bawahnya datar yang digunakan untuk membawa
barang atau muatan yang berat di
sungai,
terusan dan
laut[1]. Ada baj yang tidak mempunyai pendorongan sendiri dan perlu ditunda dengan
bot tunda. Pada zaman dahulu, binatang penunda juga digunakan untuk menunda baj-baj di
terusan sebelum digantikan oleh mesin penunda berlandasan pada awal
Revolusi Perindustrian.Hari ini, baj digunakan untuk mengangkut
barangan pukal yang bernilai rendah, kerana kos pengangkutan menggunakan baj adalah sangat rendah. Baj juga digunakan untuk barangan berat dan
kontena. Baj tipikal adalah berukuran 195 × 35 kaki (59.4 m × 10.6 m), dan mampu membawa muatan sehingga 1,500
tan. Objek yang sangat besar biasanya diangkut dalam beberapa bahagian sebelum disambung semula di destinasi, contohnya
kren dermaga dan
pelantar minyak.Baj juga penting dalam operasi
kontena di tengah laut.
Pelabuhan Hong Kong merupakan satu-satunya pelabuhan di dunia yang menjalankan operasi pemunggahan dan pemuatan
kontena dari
kapal kontena ke baj atau sebaliknya, di tengah laut. Kaedah ini berjaya mengelakkan kos pengendalian yang tinggi di
terminal kontena.