Tony_Pua_Kiam_Wee

Yang Berhormat Tony Pua Kiam Wee (lahir 1 Ogos 1972) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Cina yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pua adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif, CEO bagi Cyber Village Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham SESDAQ. Pada awal 2007, beliau menjual semua kepentingannya di dalam syarikat berkenaan dan meletakkan jawatan CEO beliau untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).Pua mendapat ijazah daripada Keble College, Universiti Oxford di dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di bawah Yayasan MTC pada tahun 1994. Sebelum itu beliau menerima biasiswa Yayasan Shaw dan Asean untuk melanjutkan pelajaran beliau di peringkat "O" dan "A"-Level di Raffles Institution dan Raffles Junior College.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Masyarakat dengan majoriti sebanyak 19,972 undi. Beliau memperolehi 37,851 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi.[2]

Tony_Pua_Kiam_Wee

Lahir (1972-08-01) 1 Ogos 1972 (umurĀ 47)
Batu Pahat, Johor[1]
Pekerjaan Ahli Parlimen, Pelabur
Didahului oleh Datin Paduka Chew Mei Fun (BN)
Parti politik DAP
Majoriti 19,972
Laman sesawang Blog Tony

Rujukan

WikiPedia: Tony_Pua_Kiam_Wee http://tonypua.blogspot.com/ http://tonypua.blogspot.com/2008/02/tony-pua-for-p... http://www.malaysiakini.com/news/139839 http://www.malaysiakini.com/news/200098 http://www.sinchew-i.com/sciWWW/node/1501?tid=19 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://e.nst.com.my/nst/articles/07mbh/Article http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/... http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&fi... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=110...