Topologi
Topologi

Topologi

Topologi (dari bahasa Yunani τόπος, “tempat”, dan λόγος, “kajian”) ialah cabang utama matematik yang mengkaji sifat rajah yang tidak berubah akibat bengkokan, regangan, dan sebagainya. Ia muncul melalui pembangunan konsep-konsep dari geometri dan teori set, seperti ruang, dimensi, dan transformasi. Idea tentang topologi telah mula diutarakan seawal 1736, dan pada penghujung kurun ke-19, satu disiplin khusus telah dibangunkan yang pada awalnya dikenali dengan nama Latinnya geometria situs (“geometri tempat”) atau analysis situs (istilah gabungan Yunani-Latin bermaksud “kajian tempat”) sebelum akhirnya dikenali dengan nama modennya, topologi. Menjelang pertengahan abad ke-20, topologi telah menjadi bidang pengajian yang penting di dalam matematik.Perkataan topologi merujuk kepada satu disiplin matematik dan juga untuk satu keluarga set dengan sifat-sifat tertentu yang digunakan untuk mentakrifkan ruang topologi, satu objek asas topologi.Topologi mengandungi banyak cabang. Antara cabang yang paling asas dan tradisional ialah:
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.Aritmetik · Algebra (Asas – Linear – Abstrak· Geometri (Diskret – Algebra – Pembezaan· Kalkulus · Analisis · Teori set · Logik · Teori kategori · Teori nombor · Kombinatorik · Teori graf · Topologi · Teori Lie · Persamaan pembezaan · Sistem dinamik · Fizik matematik · Analisis berangka · Pengiraan · Teori maklumat · Kebarangkalian · Statistik · Pengoptimuman · Teori kawalan · Teori permainanMatematik tulen · Matematik gunaan · Matematik diskret · Matematik pengiraan