Tour_de_Langkawi_2005

Le Tour de Langkawi 2005 bermula di pulau Langkawi pada 28 Januari 2005 hingga 6 Februari 2005 melalui beberapa tempat di pantai barat, pantai timur dan selatan Semenanjung Malaysia.LTdL 2005 merupakan lumba basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia.Ranking lumba basikal ini hanya 2.6 hors pada 1996. Tetapi 2005 meningkat kepada 2.0 hors oleh Kesatuan Basikal Antarabangsa ( UCI). Kini diiktiraf sebagai lumba basikal utama di Asia dan setaraf dengan lumba basikal di Eropah. LTdL melibatkan 140 pelumba dari 20 pasukan beraksi dan akan berkayuh di laluan landai, mendaki bukit, merempuh halangan angin kuat dan juga memecut di garisan penamat. LTdL 2005 dianjurkan oleh syarikat swasta First Cartel Sdn Bhd dengan Telekom Malaysia selaku penaja utama bersama Proton,Tourism Malaysia, MAS, Genting Berhad, Petronas, Nestle dan Naza Kia. LTdL 2005 terbahagi kepada 10 peringkat dengan jarak dan kesukaran yang berbeza-beza sejauh 1,282.6 km merentasi sembilan buah negeri.