Toy_Story_3
Toy_Story_3

Toy_Story_3

Toy Story 3 adalah sebuah filem animasi komputer 3D Amerika Syarikat tahun 2010. Ini adalah filem ketiga dalam siri Toy Story dihasilkan oleh Pixar Animation Studios dan diterbitkan oleh Walt Disney Pictures.Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusack, Don Rickles, Estelle Harris, John Ratzenberger, Wallace Shawn, Jeff Pidgeon, Jodi Benson, R. Lee Ermey, John Morris dan Laurie Metcalf memainkan suara atas peranan watak mereka dari filem sebelumnya. Jim Varney yang memainkan watak Slinky Dog dalam dua filem pertama serta Joe Ranft memain watak Wheezy dan Lenny meninggal dunia sebelum produksi bermula pada filem ketiga. Peranan bagi watak Slinky diambil alih oleh Blake Clark, sementara watak Ranft dan lain-lain dikeluarkan dari cerita (Wheezy telah disebutkan di awal). Watak terbaru termasuk suara oleh Ned Beatty, Timothy Dalton, Bonnie Hunt, Whoopi Goldberg, Jeff Garlin, dan Michael Keaton.Toy Story 3 dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Filem ini memecahkan rekod filem Shrek the Third sebagai filem dengan pungutan hari pertama terbesar di Amerika Utara untuk sebuah filem animasi dan pembukaan terbesar dengan $ 110.307.189. Hal ini juga yang paling terbesar bagi pembukaan paling berjaya untuk filem Pixar, serta paling terbesar bagi pembukaan paling berjaya untuk sebuah filem yang telah dibuka di bulan Jun. Toy Story 3 saat ini filem paling berjaya tahun 2010 di Amerika Syarikat dan Kanada, dan filem paling berjaya kedua bagi tahun 2010 di seluruh dunia, di belakang Alice in Wonderland. Pada bulan Julai, ia bejaya melampaui filem Finding Nemo untuk menjadi filem Pixar paling tertinggi dan terlaris di box office Amerika Utara, dan pada awal Ogos, filem ini menjadi filem Pixar paling berjaya di seluruh dunia dan melampaui Shrek 2 sebagai filem animasi paling berjaya sepanjang masa-seluruh dunia. Pada akhir Ogos, Toy Story 3 menjadi filem animasi pertama dalam sejarah untuk membuat kutipan sebanyak $ 1000000000 di seluruh dunia.

Toy_Story_3

Bahasa Inggeris
Cerita oleh John Lasseter
Andrew Stanton
Lee Unkrich
Lakon layar oleh Michael Arndt
Muzik oleh Randy Newman
Disunting oleh Ken Schretzmann
Pengarah Lee Unkrich
Penerbit Darla K. Anderson
John Lasseter (Eksekutif)
Nicole Paradis Grindl (Pembantu)
Pecah panggung $1,012,126,000
Mula ditayangkan 12 Jun 2010 (2010-06-12) (Taormina)
Jun 18, 2010 (Amerika Syarikat/Kanada)
Julai 19, 2010 (United Kingdom)
Syarikatpenerbitan
Tempoh tayangan 108 minit
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar Walt Disney Pictures
Perbelanjaan $200 juta