Transit_Zuhrah
Transit_Zuhrah

Transit_Zuhrah

Transit atau peralihan Zuhrah merentasi Matahari berlaku apabila planet Zuhrah bergerak betul-betul di antara Matahari dan Bumi (ataupun planet lain). Pergerakan ini mengaburi sebahagian kecil cakera suria dan dengan itu membolehkan planet dilihat dengan berlatarbelakangkan cakera tersebut. Sewaktu transit, Zuhrah dapat kelihatan dari Bumi sebagai sebuah cakera hitam kecil yang bergerak merentasi muka Matahari. Tempoh masa transit sedemikian biasanya diukur mengikut jam (transit tahun 2012 mengambil masa 6 jam 40 minit). Transit mirip dengan penghijaban yang berlaku semasa gerhana suria apabila Bulan merentasi Matahari. Walaupun garis pusat Zuhrah lebih daripada tiga kali ganda garis pusat Bulan, Zuhrah kelihatan lebih kecil, dan bergerak lebih perlahan semasa merentas muka Matahari, kerana ia lebih jauh dari Bumi.Transit-transit Zuhrah ialah kejadian astronomi yang dapat diramal yang amat jarang dijumpai.[1] Transit-transit ini berlaku dalam pola yang secara amnya berulang setiap 243 tahun, dengan pasangan transit yang terpisah lapan tahun, dan setiap pasangan dipisah jurang masa yang berpanjangan, iaitu 121.5 tahun dan 105.5 tahun. Pola tempoh ini membayangkan hakikat bahawa kala orbit Bumi dan Zuhrah dekat dengan 8:13 dan 243:395 perbandingan (commensurabilities).[2][3]Transit Zuhrah terakhir berlaku pada 5 dan 6 Jun 2012. Transit ini merupakan transit terakhir buat abad ke-21; transit sebelumnya berlaku pada 8 Jun 2004. Pasangan transit sebelum itu berlaku dalam Disember 1874 dan Disember 1882. Transit mendatang akan berlaku pada 10-11 Disember 2117, dan dalam bulan Disember 2125.[4][5][6]Dari segi sejarah, transit Zuhrah penting untuk sains kerana kejadian-kejadian ini digunakan untuk mendapatkan anggaran realistik tentang saiz Sistem Suria. Pencerapan terhadap transit tahun 1639, digabungkan dengan prinsip paralaks, memberikan anggaran jarak Matahari dari Bumi yang lebih tepat daripada anggaran lain pada masa itu. Transit tahun 2012 memberikan para saintis beberapa peluang penyelidikan, khususnya dalam penggilapan teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan terhadap eksoplanet.