Transit_aliran
Transit_aliran

Transit_aliran

Transit aliran atau alihan cepat[1] (Bahasa Inggeris: rapid transit), transit aliran deras (Bahasa Inggeris: mass rapid transit), kereta api bawah tanah (Bahasa Inggeris: underground / subway / metro), adalah sejenis laluan pengangkutan awam berasaskan rel mengangkut penumpang menggunakan tren elektrik di dalam bandar dengan kapasiti dan kekerapan yang tinggi, dan laluan yang berasingan dari sistem pengangkutan yang lain.[2][3]Sistem transit aliran pada umumnya beroperasi di laluan terowong landasan bawah tanah atau laluan landasan bertingkat. Di kawasan luar bandar, laluan transit aliran berkemungkinan besar mengunakan laluan aras tanah dengan laluan berasingan.Perkhidmatan di dalam transit aliran menggunakan laluan khas antara stesen menggunakan tren elektrik menggunakan roda besi di atas landasan, walau bagaimanapun, ada beberapa sistem menggunakan roda berbentuk tayar getah padu, apungan magnetik, atau sistem monorel. Pada Umumnya sistem ini bersepadu dengan pengangkutan awam yang lain dan lazimnya dikendalikan oleh lembaga pengangkutan awam yang sama. Transit aliran memiliki kapasiti yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan transit aliran ringan, namun tidak sepantas/berkelajuan melebihi 90km/h dan laluan jarak jauh seperti kereta api komuter. Variasi dari transit aliran termasuk transit aliran deras, transit aliran ringan (Bahasa Inggeris: light rapid transit/light metro), dan kereta api komuter jenis hibrid seperti S-Bahn. Walau bagaimanapun, transit aliran ini bukannya sejenis sistem kereta api ringan/rel ringan (Bahasa Inggeris: light rail) ataupun trem (Bahasa Inggeris: tram/street car). Di Malaysia, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling dianggap sistem yang memenuhi piawaian sistem transit aliran namun hanya menggunakan set tren jenis kenderaan rel ringan (LRV) berbanding dengan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sungai Buloh-Kajang yang menggunakan set tren unit elektrik berganda (EMU). Perbezaan kapasiti penumpang mengikut saiz tren ini telah menetapkan penggunaan terma tempatan untuk sistem transit aliran dari transit aliran ringan (LRT) kepada transit aliran deras (MRT), namun tidak mengira kepada kekerapan tren itu sehingga berkemampuan untuk tiba setiap di stesen setiap 30 saat seperti Laluan Kelana Jaya. Sistem transit aliran yang pertama adalah London Underground yang dibuka pada tahun 1863. Sistem bawah tanah ini dengan pantas tersebar ke serata bandar lain di Eropah, dan kemudian ke Amerika Syarikat di mana sistem jenis bertingkat dilaksanakan. Sistem ini pada mulanya menggunakan lokomotif wap, kemudian beralih kepada sistem elektrik. Sejak daripada itu pembinaan terbesar sistem ini berlaku di Asia dan mula menggunakan sistem tanpa pemandu. Lebih daripada 160 bandar telah melaksanakan sistem transit aliran, dengan jumlah lebih dari 8,000 km rel dan 7,000 stesen. Sistem transit aliran terbesar di dunia dari segi panjang laluan dan jumlah stesen adalah New York City Subway, namun jika dilihat dari panjang seluruh laluan yang terbesar adalah London Underground dan transit aliran deras di Shanghai.[4] Sistem metro paling sibuk di dunia dari segi jumlah penumpang harian dan tahunan adalah Tokyo Metro dan Metro Moscow.