Trinity_Blood

Trinity Blood (トリニティ・ブラッド, Toriniti Buraddo) ialah sebuah siri novel ringan Jepun yang dikarang Sunao Yoshida dengan ilustrasi oleh Thores Shibamoto dan mula-mulanya disirikan dalam The Sneaker. Alkisah, 900 tahun selepas satu peperangan besar di antara manusia dan pontianak, siri ini menumpu pada perang dingin yang berterusan antara pihak Vatican dan Empayar. Yang berjuang di pihak Vatican ialah Abel Nightroad, seorang Crusnik yang menghisap darah pontianak. Maka tercampurnya sains fiksyen, fantasi, dan komplot politik, sementara adanya pihak dalam Vatican dan Empayar cuba mengecapi keamanan, pihak-pihak lain pula cuba menghalangnya. Trinity Blood telah diadaptasi ke bentuk siri manga dan anime, dengan perbezaan kesinambungan antara ketiga-tiga versi. Setelah Yoshida tiba-tiba meninggal dunia pada 15 Julai 2004, Kentaro Yasui, kawannya dan juga pengarang novel Ragnarok, tampil untuk melengkapkan novel-novel yang tinggal, serta juga siri manganya.[1] Siri anime 24 episod pula diterbit oleh GONZO dan asalnya bersiaran di saluran WOWOW.