Tristam_Speedy
Tristam_Speedy

Tristam_Speedy

Kapten Tristam Charles Sawyer Speedy ialah seorang pegawai British yang dilantik oleh Ngah Ibrahim menjadi Setiausaha (Pentadbir) di Jajahan Larut Matang untuk memodenkan pentadbiran Larut dan menjaga keamanan Larut berikutan Perang Larut yang Pertama dan Kedua.Kapten Tristam Speedy dilahirkan di India di mana bapanya James Speedy berkhidmat sebagai anggota tentera. Kapten Tristam Speedy berkhidmat dengan cemerlang dalam Tentera British India dan terlibat menundukkan Pemberontakan India tahun 1857. Kapten Speedy juga berkhidmat semasa Perang New Zealand antara tahun 1864 hingga 1867 untuk menentang puak Maori. Selepas New Zealand, Kapten Speedy berperang pula di Abyssinia dalam tahun 1867 hingga 1868.