Tropicana_City_Mall

Pusat Beli-Belah 3 Damansara (dahulu dikenali sebagai Tropicana City Mall) adalah bangunan bercampur yang terdiri daripada pusat membeli-belah, blok pejabat dan kondominium di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.[2] Bangunan ini terletak berhampiran Laluan Damansara ke Lebuhraya Sprint.[3] Ia telah dibuka secara rasmi pada 18 Disember 2008 oleh Dijaya Corporation Berhad (kini dikenali sebagai Tropicana Corporation Sdn Bhd).[1]Pada 26 Januari 2015, CapitaMalls Malaysia (CMMT) mengumumkan pemerolehan Tropicana City Mall dan menara pejabatnya bernilai RM540 juta.[4]Pada Jun 2018, Tropicana City Mall dikenali secara rasmi sebagai Pusat Beli-Belah 3 Damansara.[5]

Tropicana_City_Mall

Pemilik CapitaMalls Malaysia Trust berhad
Bil. gedung dan perkhidmatan 1 pasar raya dan 200 lot runcit
Koordinat 3°7′49.69″N 101°37′37.22″E / 3.1304694°N 101.6270056°E / 3.1304694; 101.6270056Koordinat: 3°7′49.69″N 101°37′37.22″E / 3.1304694°N 101.6270056°E / 3.1304694; 101.6270056
Tarikh pembukaan 18 Disember 2008[1]
Pemaju Tropicana Corporation Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Dijaya Corporation Berhad)
Lokasi Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Bil. tingkat 4