Tsagaan_Sar
Tsagaan_Sar

Tsagaan_Sar

Tsagaan Sar (Bahasa Mongolia: Цагаан сар / ᠴᠠᠭᠠᠨ ᠰᠠᠷᠠ᠌), "bulan putih"; Bahasa Inggeris: Mongolian new year) ialah perayaan tahun baru lunisolar Mongolia yang lazimnya disambut pada masa yang sama dengan Tahun Baru Cina (sekali-sekala berbeza sebulan). Bagaimanapun, perayaan Tsagaan Sar lebih rapat hubungan budayanya dengan Losar (Tahun Baru Tibet) berbanding Tahun Baru Cina.[1]Perayaan Tsagaan Sar disambut dua bulan selepas anak bulan baru selepas solstis musim sejuk. Di sini boleh dilihat beza penentuan tarikhnya dengan Cina yang menentukan bahawa solstis musim sejuk jatuh pada bulan ke-11 qamari. Misalnya, pada tahun 2009, Tsagaan Sar jatuh pada 25 Februari, tetapi Tahun Baru Cina jatuh pada 26 Januari.