Tsar (
bahasa Bulgaria,
Serbia serta
Macedonia: цар;
bahasa Rusia:
царь (
bantuan·
maklumat);
transliterasi saintifik: car dan car' untuk masing-masing) ialah gelaran
Slavik yang rasmi untuk "Maharaja" di negara-negara berikut:Pemerintah-pemerintah
Bulgaria dari
1908 hingga
1946 juga menggunakan "tsar", gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka hanya diiktiraf sebagai raja (roi des bulgares) oleh seluruh dunia, iaitu serupa dengan pemerintah-pemerintah moden di
Yunani yang menggunakan basileus, gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka juga hanya diiktiraf sebagai raja Yunani oleh seluruh dunia. Bagaimanapun, serupa dengan kes Yunani, ini tidak menjejaskan maksud yang benar bagi istilah "tsar".Di Rusia, istilah "tsar" telah digunakan secara tidak tepat untuk dipertuan-dipertuan
Mongolia (
Tatar) yang menguasai kerajaan-kerajaan kecil Rusia, dan juga sejak sekitar
1480 oleh
Ivan III dari
Moscow selepas penegasan
kemerdekaannya daripada
Angkatan Kencana dan mungkin juga selepas
perkahwinannya dengan pewaris wanita
Empayar Byzantine. Pemerintah
Muskovit telah diiktiraf sebagai maharaja oleh Maharaja
Empayar Suci Rom pada tahun
1514, semasa pemerintahan
Vasili III, walaupun pemerintah Rusia pertama yang dimahkotai sebagai tsar secara rasmi ialah
Ivan IV yang Dahsyat pada tahun
1547. Pada tahun
1721, sebuah
edik daripada
Pyotr I Agung memutuskan bahawa imperator yang merupakan gelaran berdasarkan
bahasa Latin harus digunakan sebagai ganti, tetapi tsar yang merupakan padanan Slaviknya, masih biasa digunakan secara rasmi untuk pelbagai gelaran yang menandakan penguasaan bekas
kekhanan Mongolia yang diserapkan oleh negara Muskovit itu. Oleh itu, transliterasi untuk gelaran ini dalam bahasa-bahasa asing seperti
bahasa Inggeris biasa juga digunakan, terutamanya untuk maharaja-maharaja Rusia sehingga tahun
1917.Istilah "Tsar" ialah padanan tepat untuk "
Maharaja", tetapi ini dikaburkan sebahagian oleh pembaharuan
1721 oleh Peter Agung. Perubahan gayanya dari tsar ke imperator tidak menunjukkan kenaikan pangkat ke taraf kemaharajaan, tetapi merupakan perubahan yang selaras dengan dasar-dasar pembaratannya. Tanggapan bahawa gelaran tsar adalah sama dengan raja atau taraf pertengahan antara "raja" dengan "maharaja" merupakan satu tanggapan salah yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, termasuk penutur-penutur bahasa Slavik yang moden, khususnya oleh para penulis bukan pakar yang menulis dalam bahasa-bahasa asing.Harus diperhatikan bahawa penggunaan istilah "tsar" secara tidak formal kekadang digunakan dalam bahasa-bahasa Slavik untuk raja-raja yang mempunyai status yang lebih rendah. Ini sebahagian disebabkan oleh terbitannya daripada basileus, istilah Yunani asal yang fleksibel (basileus kemudian beransur-ansur membawa maksud yang hampir sama dengan "raja" dalam
Zaman Keyunanian, dan sama sahaja dengan "maharaja" dari permulaan
Empayar Rom), dan sebahagian disebabkan gelaran ini telah biasa kepada orang taklukannya. Umpamanya, raja-raja
Bible yang lazim digelarkan "king" (raja) dalam bahasa Inggeris digelarkan basileus dalam bahasa Greek dan tsar dalam bahasa Bulgaria dan Rusia, bukan kerana baginda-baginda itu merupakan maharaja (gelaran kemaharajaan tidak muncul sehingga zaman Rom), tetapi gelaran itu digunakan oleh pemerintah-pemerintah itu sendiri dan kitab Bible diterjemahkan dalam bahasa Greek dan Slavik semasa pemerintahan mereka.Dengan sebab yang sama, terbitan-terbitan bahasa Slavik moden menggunakan istilah 'tsar' secara salah masa untuk
Assyria,
Babylonia, dan
Parsi. Dalam konteks ini, raja yang merupakan gelaran asing (kecuali di Serbia) dikhaskan untuk raja-raja
Eropah yang mempunyai status raja, berbanding maharaja. Lagi satu amalan yang informal dan mengelirukan ialah pengolahan gelaran maharaja-maharaja asing oleh para penulis bahasa Slavik moden. Sumber-sumber zaman pertengahan bahasa Bulgaria, Rusia, dan Serbia menterjemahkan maharaja sebagai tsar secara sembarangan; begitu juga dengan penulis Serbia moden. Bagaimanapun, bahasa Bulgaria dan Rusia moden menggunakan imperator (император) untuk maharaja asing (umpamanya maharaja
Rom kuno,
Empayar Byzantine,
Empayar Suci Rom serta 'pewaris-pewaris' Katoliknya, dan sebagainya).