Tuak

Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya. Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.