Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang, Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.