Tulang_belikat
Tulang_belikat

Tulang_belikat

Dalam bidang anatomi, tulang belikat atau skapula merupakan tulang yang menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan) dengan tulang selangka. Istilah "skapula" dipercayai datang daripada Yunani Purba σκάπτειν (skaptein), bermaksud "menggali". Pada awal zaman Rom, masyarakat menyangka bahawa tulang ini menyerupai alat kulir. Tulang belikat juga bergelar omo dalam peristilahan perubatan Latin.Tulang belikat membentuk bahagian girdel bahu yang terletak di posterior (belakang). Pada manusia, tulang belikat ialah tulang leper yang berbentuk lebih kurang segi tiga dan terletak pada bidang posterolateral (sisian belakang) sangkar toraks.