Tulisan_Cina
Tulisan_Cina

Tulisan_Cina

Aksara Cina atau Aksara Han (Cina Tradisional: 漢字, Cina Ringkas: 汉字, pinyin: Hànzì) ialah sejenis tulisan logogram yang digunakan untuk menulis bahasa Cina, Jepun (Kanji), Korea (Hanja) dan pada suatu ketika dahulu, bahasa Vietnam (Hán Tự). Tulisan yang serupa sebelumnya dapat dijumpai sekitar 8000 tahun yang lalu dan sebuah sistem penulisan Cina yang lengkap telah dicipta sekitar 3500 tahun yang lalu di China, membuatnya salah satu cara penulisan yang tertua di dunia. Aksara Cina dikenali sebagai Hanzi dalam bahasa Cina yang bermaksud tulisan bangsa Han.Berlainan dengan jangkaan orang ramai, hanya 4% aksara Cina diperolehi dari piktograf (gambaran yang membawa maksud), dan selalunya, hubungan di antara kedua tidak jelas kepada pembaca masa kini; 95% aksara Cina yang lain adalah agregat logik dan piktofonetik, iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: bahagian pertama adalah untuk makna perkataan yang ingin disampaikan dan kedua adalah sebutan perkataan tersebut. Kebanyakkan perkataan Cina Mandarin mempunyai tiga atau lebih sukukata dan ini memerlukan lebih dari satu huruf untuk menulis. Bilangan huruf-huruf Cina yang terdapat dalam Kamus Kangxi adalah sekitar 47,035, walaupun kebanyakkan daripada mereka jarang digunakan dan sering merupakan perkataan dari zaman silam. Di China, kebolehan membaca dan menulis ditakrifkan sebagai seorang yang memahami sekitar 2000 huruf Cina.Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan. Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan. Penggunaan dan cara menulis aksara Cina berbeza dengan setiap budaya yang berlainan. Sebagai contoh, negara China mula menggunakan Tulisan Cina Mudah pada 1956 tetapi Taiwan dan Hong Kong masih menggunakan Tulisan Cina Tradisional. Jepun mempunyai tulisan yang diringkaskan sendiri sejak 1946, sementara Korea menghadkan penggunaan aksara Cina dalam tulisannya. Vietnam telah menghentikan penggunaan huruf Cina dalam tulisannya dan kini menggunakan tulisan Rumi. Aksara cina secara rasmi dikenali sebagai sinograf dan sistemnya sebagai sinografi. Bahasa-bahasa yang telah mengambil sistem sinografi ini dan juga kata-kata pinjimaan dari bahasa Cina dikenali sebagai bahasa sinoxenic, tidak kira jika mereka masih menggunakan penulisan Cina secara khusus pada masa sekarang atau tidak. Ungkapan sinoxenic ini tidak semestinya bermaksud apa-apa hubung kait genetik dengan bahasa Cina. Bahasa-bahasa sinoxenic utama di dunia secara umum dianggap sebagai bahasa Jepun, Korea dan Vietnam.