Pembacaan Tulisan_Kanji

Oleh sebab cara tulisan kanji diserap ke dalam bahasa Jepun, sesuatu kanji boleh digunakan untuk menulis satu atau lebih perkataan (atau morfem) yang berlainan. Dari sudut pandangan pembaca, kanji boleh mempunyai satu atau lebih "sebutan". Sebutan aksara itu bergantung kepada konteks, maksud, kegunaan dalam gugusan, dan juga kedudukan dalam ayat. Sesetengah kanji kegunaan am mempunyai sepuluh atau lebih sebutan yang berlainan. Bacaan-bacaan ini biasanya terbahagi kepada on'yomi atau kun'yomi [1].

On'yomi (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)

On'yomi (音読み), iaitu bacaan Cina-Jepun, merupakan anggaran Jepun terhadap sebutan bahasa Cina sesuatu aksara sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sesetengah aksara kanji diperkenalkan dari tempat-tempat berlainan di China pada masa-masa yang berlainan, maka mempunyai banyak sebutan on'yomi dan selalunya pelbagai maksud. Kanji yang dicipta di Jepun biasanya tidak mempunyai on'yomi, kecuali aksara 働 "bekerja", yang disebut dalam kun'yomi sebagai hataraku dan on'yominya dō, serta aksara 腺 "kelenjar", yang hanya disebut dalam on'yomi iaitu sen.

Biasanya, on'yomi dibahagikan kepada empat jenis:

Contoh(sebutan jarang dalam tanda kurungan)

KanjiMaksudGo-onKan-onTō-onKan'yō-on
terangmyōmei(min)-
pergigyō(an)-
terlalugokukyoku--
mutiarashushuju(zu)
darjahdo(to)--
pengangkutan(shu)(shu)-yu
anakshishisu-
jelasshōsei(shin)-
ibu negarakyōkei(kin)-
askarhyōhei--
kuatkyō--

On'yomi didapati terutamanya dalam kata majmuk pelbagai kanji jukugo (熟語), kebanyakannya merupakan hasil penerapan perkataan bahasa Cina (beserta kanji-kanjinya) bagi konsep yang sebelumnya tidak pernah wujud dalam bahasa Jepun atau tidak dapat disebut dengan rapi melalui perkataan tempatan. Satu pengecualian kepada hukum ini didapati terutamanya dalam nama keluarga, yang mana sebutan kun'yomi lebih kerap digunakan (lihat bawah).

Kun'yomi (sebutan Bahasa Jepun)

Kun'yomi (訓読み), merupakan bacaan berdasarkan perkataan bahasa Jepun yang asli, atau yamatokotoba (大和言葉), yang menganggarkan maksud aksara Cina dengan setepat mungkin sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sepertilah on'yomi, adanya kes pelbagai sebutan kun bagi satu kanji yang sama, dan sesetengah kanji langsung tiada kun'yomi.

Contohnya, aksara kanji bagi timur, 東, disebut secara on sebagai tō. Namun, bahasa Jepun juga ada dua perkataan bagi "timur": higashi dan azuma. Maka aksara kanji 東 disebut dalam kun'yomi sebagai higashi atau azuma. Lain pula bagi kanji 寸, iaitu suatu unit ukuran Cina (sedikit lebih seinci), oleh sebab tiadanya persamaan dalam bahasa Jepun, maka cuma ada on'yomi iaitu sun.

Kun'yomi disifatkan melalui struktur suku kata (C)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau adjektif panjangnya dua atau tiga suku kata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua suku kata panjangnya (tanpa mengira hiragana ekoran bergelar okurigana, itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).

Dalam sesetengah kes, pelbagai kanji diberi untuk meliputi satu perkataan bahasa Jepun. Biasanya apabila berlakunya kes sebegini, kanji yang berlainan menyentuh kelainan maksud yang tertentu. Contohnya, perkataan なおす (naosu), jika ditulis 治す, bererti "menyembuh penyakit"; jika ditulis 直す maksudnya "membaiki atau memperbetul sesuatu" (seperti basikal atau rencana Wikipedia yang tidak bermutu). Adakalanya kelainan maksud sedemikian sangat ketara; bagi kes yang lain pula kelainan maksudnya tidaklah ketara. Kadang-kadang terjadinya perselisihan pandangan di kalangan hasil rujukan—sesebuah kamus mungkin menyatakan bahawa kanji-kanji tesebut sama maksudnya, tetapi sesebuah kamus yang lain mengetengahkan kelainan kegunaannya. Oleh sebab kekeliruan ini, orang Jepun mungkin menghadapi masalah mengenai kanji yang mana wajar dipakai. Salah satu jalan penyelesaian adalah untuk menulis perkataan tersebut dalam hiragana, iaitu kaedah yang kerap digunakan untuk kes-kes yang lebih rumit seperti もと moto, yang mempunyai sekurang-kurangnya lima bentuk kanji berlainan: 元, 基, 本, 下, 素, tiga daripadanya tidak ketara lainan maksudnya.

Bacaan dialek tempatan bagi kanji juga dikelaskan di bawah Kun'yomi, terutamanya sebutan bagi perkataan dalam Bahasa-bahasa Ryukyu.

Bantuan sebutan

Oleh sebab kekeliruan yang boleh terjadi, kadang-kadang kanji disertakan panduan sebutan bagi konteks yang diberi yang dieja dalam furigana (kana kecil yang ditulis pada bahagian atas atau kanan aksara) atau kumimoji (kana kecil yang ditulis sejurus selepas aksara). Bantuan sebutan ini banyak diamalkan dalam teks bagi kanak-kanak atau pelajar bahasa ini dari negara asing serta juga dalam komik manga. Bantuan sebutan juga diaplikasi dalam akhbar untuk bacaan yang tidak biasa atau ganjil dan juga untuk aksara yang tidak termasuk dalam set rasmi kanji am.