Tun

Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM). Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Kebanyakan penerima anugerah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperti Perdana Menteri. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.