Tun_Teja
Tun_Teja

Tun_Teja

Tun Teja Ratna Benggala nama penuhnya, anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke 8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil. Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.Tun Teja disebut dalam dua hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia dikatakan Hang Nadim.Tersebut pula kisah Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka yang telah diutuskan ke India untuk membeli 40 gulung kain namun malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Tun Teja. Sesampainya Hang Nadim ke Pahang, baliau telah membuat perhubungan dengan orang-orang istana hinggakan tiada orang curiga lagi akan niatnya. Tun Teja di pujuk rayu dan Hang Nadim menceritakan tentang kebaikan rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja termakan pujuk dan bersetuju untuk mengikut Hang Nadim pulang ke Melaka.Hang Nadim merancang akan rancangan untuk melarikan Tun Teja ke Melaka dan perjalanannya memakan masa selama 40 hari. Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap dilantai balai istana denagn tangan seakan terikat kebelakang. Melalui kata-kata kiasan, tahulah baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya memujuk Tun Teja ke Pahang dan akan dipersembahkan kepada baginda. Tun Teja dikahwini baginda dan dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.