Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim[3] (diputerakan pada (1984-06-30)30 Jun 1984 di Johor Bahru, Johor)[1] merupakan Tunku Mahkota Johor. Baginda merupakan anakanda pertama baginda berdua dan putera sulung kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.[1] Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[1][4] Tunku Ismail kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.[5] selepas ayahandanya ditabalkan menjadi Sultan Johor Darul Takzim ke - 25 pada 23 Januari 2010.

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Pemerintahan 26 Januari 2010 - kini
Ayahanda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Pasangan Che Puan Khaleeda Bustaman (k. 2014)
Bonda Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
Agama Islam Sunni
Kerabat Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor
Anakanda 1. YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
2. DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
3. YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim
Nama penuh
Nama penuh
Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim[1][2]
Didahului oleh Tunku Ibrahim Ismail
Keputeraan Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
(1984-06-30)30 Jun 1984 (umur 35 tahun, 7 bulan dan 5 hari)
Johor Bahru, Johor

Rujukan

WikiPedia: Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail http://www.rtb.gov.bn/rtbnews/2008/Mei/080508/stor... http://news.asiaone.com/news/malaysia/big-crowd-jo... http://www.bernama.com http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://thestar.com.my http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/4/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/24/T... http://www.johordt.gov.my/images/uploads/dymm-smal... http://www.royalark.net/Malaysia/johor15.htm