Tunku_Ampuan_Durah_binti_Almarhum_Tunku_Besar_Burhanuddin

Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah bekas pemaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke-9, Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Tunku Ampuan Durah dilantik sebagai Tunku Ampuan Muda Negeri Sembilan pada tahun 1960 dan kemudian Tunku Ampuan Negeri Sembilan (1960-1967). Tunku Ampuan Durah diputerakan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda begitu gemar dengan lukisan cina dan dikurniakan Darjat Kerabat.Tunku Ampuan Durah melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban.Pada tanggal 8 Ogos 1999, Tunku Ampuan Durah telah mangkat ketika berusia 77 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti.

Tunku_Ampuan_Durah_binti_Almarhum_Tunku_Besar_Burhanuddin

Dinasti Pagaruyung (melalui perkahwinan)
Ayahanda Tunku Besar Burhanuddin
Pasangan Tuanku Munawir
Bonda Tunku Sharifah Alawiyah binti Syed Hamid
Agama Islam
Anakanda Tunku Umpa Munawirah
Tunku Mudziah
Tuanku Muhriz
Tunku Anne Dakhlah
Tunku Deborah
Tunku Deannah
Nama penuh
Nama penuh
Tuanku Ampuan Duratun Nafisah Azibah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Kemangkatan 8 Ogos 1999(1999-08-08) (umur 77)
Didahului oleh Tunku Puan Besar Kurshiah
Keputeraan (1922-06-26)26 Jun 1922
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Diikuti oleh Tunku Ampuan Najihah