Ekonomi Turkmenistan

Rencana utama: Ekonomi Turkmenistan

Setakat 2018, nilai KDNK berdasarkan pariti kuasa beli Turkmenistan dianggarkan sebanyak AS$112.613 bilion.[10] Pada 2014, peratus pengangguran rakyat Turkenistan dianggarkan sebanya 11%.[11]

Gas asli dan petroleum

Turkmenistan memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia serta simpanan petroleum yang ketara. Setakat 2010, negara ini mengeluarkan 202,000 tong minyak sehari, dengan kadar penggunaan petroleum domestik ialah lebih kurang 100,000 tong sehari.

Setakat Mei 2011, Lapangan Gas Galkynysh memiliki simpanan gas asli kedua terbesar dunia selepas lapangan South Pars di Teluk Parsi, dengan anggaran jumlah simpanan sebanyak 21.2 trilion meter padu.[12] Pengeluaran gas asli Turkmenistan diseliakan oleh syarikat gas kebangsaan, Türkmengaz di bawah kawalan Kementerian Minyak dan Gas negara.

China merupakan pengimport gas asli Turkmenistan terbesar, dan dijangka menjadi lebih ketara selepas pembinaan paip gas yang menghubungkan kedua-dua negara yang melalui Uzbekistan dan Kazakhstan.[13][14]

Pertanian

Kebanyakan kawasan pertanian di Turkmenistan bertumpukan pertanian kapas dan merupakan negara pengeluar kapas kesembilan terbesar dunia.[15] Pada musim 2011, negara ini menghasilkan sekitar 1.1 juta tan kapas.

Pelancongan

Pelancongan di Turkmenistan mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini, terutamanya pelancongan kesihatan. Salah satu faktor ialah pembangunan kawasan pelancongan Awaza di pesisir Laut Kaspia.[16] Setiap pelancong mesti memohon visa pelancong sebelum melawat Turkmenistan; pelancong di kebanyakan negara memerlukan bantuan daripada pihak agen pelancongan Turkmenistan untuk memohon visa pelancong.

Mata wang

Rencana utama: Manat

Mata wang rasmi Turkmenistan ialah manat yang bersamaan dengan 100 tenge, dengan kod mata wang berdasarkan ISO 4217 ialah TMT. Mata wang ini digunakan sejak 1 November 1993, tetapi sebuah versi baharu manat telah dirasmikan pada 2009.[17]

Rujukan

WikiPedia: Turkmenistan http://www.aljazeera.com/news/asia/2011/12/2011123... http://www.atimes.com/atimes/Central_Asia/KL24Ag07... http://www.chaihana.com/ http://books.google.com/books?vid=ISBN0691117756&i... http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=10469 http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=10488 http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=13160 http://uk.reuters.com/article/2011/05/25/gas-turkm... http://www.statista.com/statistics/151168/cotton-p... http://www.studyrussian.com/seidenstrasse/silkroad...