Twice
Twice

Twice

Twice (Hangul: 트와이스; Bahasa Jepun: トゥワイス) ialah sebuah grup vokal wanita dari Korea Selatan ditubuhkan syarikat JYP Entertainment melalui rancangan realiti Sixteen pada tahun 2015. Kumpulan ini terdiri daripada sembilan ahli: Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu. Kumpulan ini membuat debut pada 20 Oktober 2015 menerusi album mini, The Story Begins.[1]Twice mula dikenali pada tahun 2016 menerusi lagu "Cheer Up" yang menduduki tempat pertama di dalam Carta Digital Gaon. Lagu ini juga memenangi Lagu Terbaik Tahunan di Anugerah Muzik Melon dan Anugerah Muzik Asia Mnet. Lagu "TT" dari album mini, Twicecoaster: Lane 1 menduduki tempat pertama selama empat minggu berturut-turut. Album mini tersebut merupakan merupakan album kumpulan K-pop wanita yang paling laris pada tahun 2016 dengan 350,852 salinan terjual. Kumpulan ini membuat debut rasmi di Jepun pada 28 Jun 2017 di bawah Warner Music Japan menerusi pengeluaran album kompilasi #Twice.