Sejarah Twice

2013–2015

Pada 19 Disember 2013, JYP Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan menubuhkan sebuah kumpulan wanita baru semasa separuh pertama tahun 2014 yang merupakan kumpulan wanita pertama daripada label rakaman ini sejak miss A pada tahun 2010.[2] Pada 27 Februari 2014, pelatih JYP, Lena dan Cecilia telah disahkan sebagai ahli kumpulan ini manakala desas-desus ahli lain termasuk Nayeon, Jeongyeon, Jisoo (tukar nama kepada Jihyo) dan Minyoung.[3][4] Selepas Cecilia meninggalkan label rakaman ini, pelatih JYP, Sana menggantikan tempat beliau. Lena meninggalkan label rakaman ini ketika 6mix hampir membuat debut mereka sekaligus membatalkan rancangan tersebut.

Pada 11 Februari 2015, Park Jin-young mengumumkan bahawa ahli kumpulan wanita tujuh ahli JYP yang akan datang akan ditentukan melalui pertandingan Sixteen yang disiarkan menerusi saluran Mnet pada tahun itu.[5] Pertandingan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan Nayeon, Sana, Dahyun, Chaeyoung, Mina, Jihyo dan Jeongyeon diumumkan sebagai ahli Twice. Park kemudiannya mengumumkan bahawa dia akan menambah saiz kumpulan ini daripada tujuh ahli kepada sembilan dengan menambah Tzuyu dan Momo.

Pada 7 Oktober 2015, JYP Entertainment melancarkan laman sesawang rasmi Twice dan mengumumkan melalui SNS bahawa kumpulan ini akan membuat debut menerusi album mini, The Story Begins dan lagu "Like Ooh-Ahh". Video muzik lagu dan album ini dikeluarkan pada 20 Oktober. Kumpulan ini mengadakan persembahan secara langsung pada hari yang sama dimana mereka mempersembahkan kesemua lagu daripada album mini tersebut. Video muzik lagu ini mencapai 50 juta tontonan dalam tempoh lima bulan sejak debut mereka dan menjadi salah satu daripada video muzik debut paling banyak ditonton untuk mana-mana kumpulan K-pop.[6] Pada 27 Disember, kumpulan ini mempersembahkan versi remix lagu single mereka "Like Ooh-Ahh" di SBS Gayo Daejeon. Ia merupakan kehadiran pertama Twice dalam program muzik akhir tahun.

2016–2017

Album mini kedua Twice, Page Two dikeluarkan pada 25 April 2016. Album ini mengandungi lagu utama "Cheer Up", sebuah buatan semula lagu Park Ji-yoon, "Precious Love" dan lagu "I'm Gonna Be A Star" yang berperanan sebagai lagu tema untuk Sixteen.[7] Twice memenangi anugerah program muzik pertama mereka menerusi lagu "Cheer Up" pada 5 Mei 2016 dalam M! Countdown, genap setahun selepas siaran asal Sixteen. Ia disusuli dengan kemenangan dalam Music Bank dan Inkigayo.[8][9] Setakat bulan Ogos, Page Two telah dilaporkan terjual sebanyak 150,000 salinan, menjadikan mereka kumpulan wanita pertama untuk mempunyai jualan album lebih daripada 100,000 salinan pada tahun 2016.[10]

Twice pada tahun 2016

Pada 23 September, Twice mengumumkan warna rasmi mereka iaitu Aprikot dan Neon Magenta.[11] Pada 19 Oktober, Twice mendedahkan lampu rasmi mereka yang diberi nama "Candy Bong", inspirasi dari lagu "Candy Boy", sebuah lagu dari album mini pertama mereka.[12] Sebagai sambutan ulang tahun pertama sejak debut Twice, kumpulan ini mendedahkan lagu baru mereka bertajuk "One in a Million" melalui Naver V Live pada 20 Oktober.[13] Twicecoaster: Lane 1 dan vdieo muzik lagu "TT" dikeluarkan pada 24 Oktober.[14][15]

Pada 11 November, video muzik "Like Ooh-Ahh" mencapai 100 juta tontonan di YouTube, menjadikan Twice kumpulan K-pop wanita keempat untuk mencapai 100 juta tontonan serta video muzik debut pertama untuk mana-mana kumpulan K-Pop untuk melakar pencapaian ini. Enam hari kemudian, video muzik "Cheer Up" mencapai 100 juta tontonan.[16][17] Pada 19 November, lagu "Cheer Up" memenangi kategori Lagu Terbaik Tahunan di Anugerah Muzik Melon ke–8. Ia disusuli dengan kemenangan di Anugerah Muzik Asia Mnet ke–18 pada 2 Disember.[18][19] Pada 19 Disember, Twice mengeluarkan edisi Krismas Twicecoaster: Lane 1.[20] Pada 3 Januari 2017, video muzik untuk lagu "TT" mencapai 100 juta tontonan sekaligus menjadikan ia video muzik dari kumpulan K-pop terpantas untuk berbuat demikian dan memecahkan rekod mereka sendiri yang dicapai menerusi lagu "Cheer Up".[21] Pada tahun yang sama, "TT" juga menjadi video muzik pertama dari sebuah kumpulan K-pop wanita untuk mencapai 200 juta tontonan.[22]

Pada 10 Januari, JYP Entertainment mengumumkan jelajah konsert solo pertama Twice. Konsert Twice 1st Tour: Twiceland The Opening berlangsung pada 17 sehingga 19 Februari di Stadium Bola Baling SK Olympic.[23] Twice mengeluarkan sebuah album istimewa pada 20 Februari bertajuk Twicecoaster: Lane 2 bersama lagu utama "Knock Knock".[24] Album ini terjual sebanyak 266,645 unit pada bulan Februari 2017.[25]

Twice melancarkan laman sesawang Bahasa Jepun mereka dan saluran media sosial yang lain pada awal bulan Februari. Pada 24 Februari, mereka secara rasminya mengumumkan debut mereka di Jepun bersama sebuah album kompilasi bertajuk #Twice dijadual dikeluarkan pada 28 Jun 2017.[26] Pada 1 Mei, Twice mengesahkan pengeluaran album mini keempat mereka bertajuk Signal bersama lagu utama dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh Park Jin-young.[27] Ini menandakan kolaborasi pertama mereka bersama Park. Album mini ini bersama video muzik lagu "Signal" dikeluarkan pada 15 Mei. Album mini ini mengandungi enam lagu termasuk "Eye Eye Eyes" yang ditulis oleh Jihyo dan Chaeyoung serta "Only You" yang ditulis oleh bekas ahli kumpulan Wonder Girls, Ha:tfelt.

Pada 14 Jun, Twice mengeluarkan secara digital lagu "Signal (versi Bahasa Jepun)" bersama versi pendek video muzik lagu ini. Seminggu kemudian, mereka mengeluarkan versi penuh video muzik lagu "TT" (versi Bahasa Jepun).[28] Mereka secara rasminya membuat debut di Jepun menerusi pengeluaran album #Twice pada 28 Jun. Ia mengandungi sepuluh lagu termasuk kedua-dua versi Bahasa Korea dan Jepun untuk lima lagu pertama mereka.[29] #Twice menduduki tempat kedua di dalam Carta Album Oricon dengan 136,157 salinan album terjual dalam tempoh tujuh hari selepas ia dikeluarkan. Pada bulan September, kumpulan ini mengumumkan pengeluaran lagu Bahasa Jepun pertama mereka, "One More Time" yang dikeluarkan pada 18 Oktober.[30]

Twice mengeluarkan album penuh pertama mereka, Twicetagram pada 30 Oktober bersama lagu utama bertajuk "Likey". Video muzik untuk lagu ini telah dirakam di Kanada pada awal bulan September.[31] Lagu "Likey" digubah oleh Black Eyed Pilseung dan Jeon Gun. Beberapa komposer dan penulis lagu juga mengambil bahagian dalam album ini termasuk ahli Twice dan bekas ahli Wonder Girls, Hyerim yang menggubah lagu "Look at Me".[32] Buatan semula inspirasi Krismas untuk Twicetagram bertajuk Merry & Happy bersama lagu utama, "Heart Shaker" dikeluarkan pada 11 Disember.[33]

Pada 16 November, pengumuman rasmi dibuat melalui sidang media di Tokyo bahawa kumpulan ini akan membuat debut di Kōhaku Uta Gassen ke–68, sebuah rancangan muzikal akhir tahun di Jepun yang diterbitkan oleh NHK.[34] Ia berlangsung di Dewan NHK pada 31 Disember dimana Twice mempersembahan versi Bahasa Jepun lagu "TT". Mereka merupakan artis Korea pertama untuk menghadiri acara tersebut dalam tempoh enam tahun terakhir dan kumpulan K-Pop keempat selepas TVXQ, Kara dan Girls' Generation.[35][36][37]

2018–sekarang

Lagu Bahasa Jepun kedua Twice bertajuk "Candy Pop" dikeluarkan pada 7 Februari. Kumpulan ini juga melangsungkan jelajah konsert pertama mereka di Jepun bertajuk Twice Showcase Live Tour 2018 "Candy Pop" bermula pada 19 Januari di Wilayah Aichi.[38][39] Pada 9 April, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka, What Is Love? bersama lagu dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh Park Jin-young. Lagu Bahasa Jepun ketiga Twice, "Wake Me Up" dikeluarkan pada 16 Mei dan Twice 2nd Tour: Twiceland Zone 2 – Fantasy Park bermula di Seoul pada 18–20 Mei.[40][41][40]

Twice mempersembahkan sebuah buatan semula lagu The Jackson 5, "I Want You Back" sebagai lagu tema filem Jepun, Sensei Kunshu. Lagu ini dikeluarkan pada 15 Jun bersama video muzik.[42][43] Pada bulan Julai, sebuah buatan semula album mini What Is Love? bertajuk Summer Nights bersama lagu utama, "Dance the Night Away" dikeluarkan.

Pada 12 September, Twice mengeluarkan album studio Bahasa Jepun pertama mereka, BDZ. Lagu utama album ini dengan tajuk yang sama dikeluarkan lebih awal pada 17 Ogos.