Menu
U SejarahKetika akhir Zaman Pertengahan, timbulnya dua bentuk huruf v atau u, kedua-duanya sama dipakai bagi bunyi u dan v. Bentuk v berbucu ditulis di awal kata, manakala bentuk u bundar dipakai di tengah atau akhir kata tanpa mengira yang mana bunyinya. Oleh itu, perkataan-perkataan seperti valour dan excuse sama seperti ejaan zaman sekarang, tetapi perkataan have dan upon pula ditulis haue dan vpon. Akhirnya pada 1700-an, agar bunyi konsonan dan vokal diasingkan, bentuk v menandakan konsonan sementara bentuk u pula vokal, maka lahirnya huruf u moden. Pada ketika inilah wujudnya huruf besar U; sebelum ini selalu dipakai huruf besar V. Mula-mulanya, semenjak huruf u dan v dijadikan huruf berasingan, v mendahului u dalam susunan abjad, kini pula sebaliknya.
Huruf u dimasukkan dalam abjad Rumi oleh Petrus Ramus pada abad ke-16.[1]
Menu
U SejarahBerkaitan
U United Kingdom Upin & Ipin Universiti Teknologi MARA Universiti Malaya UTC+2 Universiti Putra Malaysia UTC+1 Umar bin Al-Khattab Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaRujukan
WikiPedia: U http://www.econ.ohio-state.edu/jhm/arch/kens/kens....