UH-72_Lakota
UH-72_Lakota

UH-72_Lakota

UH-72 Lakota adalah sebuah helikopter utiliti ringan berenjin kembar dengan rotor berbilah empat. Helikopter UH-72 dibangunkan berdasarkan Eurocopter EC145 untuk kegunaan ketenteraan. Ia dibina oleh American Eurocopter, satu divisyen EADS Amerika Utara. Dipasarkan sebagai UH-145, helikopter ini telah dipilih sebagai pemenang bagi program Helikopter Utiliti Ringan untuk Tentera Darat Amerika Syarikat pada 30 Jun 2006. Pada Oktober 2006, American Eurocopter telah dianugerahkan satu kontrak pengeluaran untuk 345 buah pesawat bagi mengantikan helikopter UH-1H dan OH-58A/C yang telah berusia di dalam armada Tentera Darat A.S dan Pengawal Kebangsaan Tentera Darat.

Berkaitan