UML
UML

UML

Dalam bidang kejuruteraan perisian, UML (Unified Modeling Language) merupakan bahasa pemodelan yang dipiawaikan untuk pemodelan objek. UML merupakan bahasa pemodelan kegunaan-umum yang menyertakan penyampaian grafik untuk mencipta model abstrak sistem, yang dipanggil sebagai model UML. UML tidak terhad kepada pemodelan perisian sahaja. UML juga digunakan dalam pemodelan proses-proses perniagaan, pemodelan sistem-sistem kejuruteraan dan mempersembahkan struktur-struktur organisasi.Penciptaan UML pada mulanya dirangsang oleh keinginan untuk menyeragamkan sistem dan pendekatan notasi yang berbeza dan pendekatan kepada reka bentuk perisian. Ia telah dibangunkan oleh Grady Booch, Ivar Jacobson dan James Rumbaugh di Rational Software (Perisian Rasional) pada 1994-1995, dengan perkembangan selanjutnya yang diterajui oleh mereka sepanjang tahun 1996.[1]Pada tahun 1997 UML diterima pakai sebagai piwaian oleh Kumpulan Pengurusan Objek (Object Management Group-OMG), dan telah diuruskan oleh organisasi ini sejak itu. Pada tahun 2005 UML juga diterbitkan oleh Organisasi Antarabangsa bagi Standardisasi (ISO) sebagai piawaian ISO yang diluluskan.[2] Sejak itu, piawaian itu telah diubah suai secara berkala untuk merangkumi semakan UML terkini.[3]

Rujukan

WikiPedia: UML http://publik.tuwien.ac.at/files/pub-inf_4582.pdf http://www.cit.gu.edu.au/~noran/Docs/UMLvsIDEF.pdf http://www.ambysoft.com/books/theObjectPrimer.html http://crpit.com/confpapers/CRPITV17Hartmann.pdf http://www.drdobbs.com/architecture-and-design/uml... http://www.infoq.com/interviews/Ivar_Jacobson http://www.informit.com/store/unified-modeling-lan... http://www.uml-forum.com/docs/papers/CACM_Jan02_p1... http://www2.informatik.hu-berlin.de/~hs/Lehre/2004... http://www.ischool.drexel.edu/faculty/song/publica...