Sejarah UNIC

Sejarah UNIC bermula ketika anggota-anggota asalnya iaitu Fitri, Bazli, Wan Shah dan Apen menganggotai kumpulan Dzil Afnan, sebuah kumpulan nasyid tetap di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor sehingga kini di mana anggotanya bersilih ganti pada satu-satu masa. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diperkenalkan menerusi kemunculan pertama mereka iaitu "Hanya Tuhan Yang Tahu" di bawah Hijjaz Records.[4]

Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan UNIC Records yang kini dikenali sebagai UNIC Dot My Pro,[5] setelah menamatkan tempoh kontrak 8 tahun di bawah naungan Hijjaz Records pada awal tahun 2010. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.

UNIC terus bergerak maju bersama dengan dua buah lagi syarikat yang diuruskan mereka sendiri iaitu UNIC Nasyeed and Training Consultant (UNTC) dan UNIC Biotrade.[6][7] Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai fungsi tersendiri dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu” menjadi slogan mereka. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.

Rujukan

WikiPedia: UNIC http://www.facebook.com/official.unic http://www.twitter.com/unicnasyeed http://www.youtube.com/user/unictvproduction?featu... http://www.hmetro.com.my/articles/Tidakselamanyaka... http://www.hmetro.com.my/articles/UNICanjurkem/Art... http://www.hmetro.com.my/articles/UNICterusaturlan... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt...