UNRWA

Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) (bahasa Inggeris: United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East, bahasa Arab: وكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيين في الشرق الأدنى atau الأنروا) merupakan agensi PBB yang memberi pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sosial dan bantuan kecemasan kepada 4 juta penduduk pelarian Palestin yang tinggal di Jalur Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria. Selepas Perang Arab-Israel 1948, UNRWA ditubuhkan melalui resolusi Perhimpunan Agung 302 (IV) pada tahun 1949 demi mengendalikan program pemulihan untuk penduduk pelarian Palestin. UNRWA telah membekalkan makanan, pakaian serta tempat perlindungan kepada beribu-ribu penduduk ini dalam masa perang dan aman, serta memberi pendidikan dan perkhimatan kesihatan kepada kanak-kanak.